Netizen Global Kutuk AS Guna Hegemoni di Sukan Olimpik
Pertandingan renang Sukan Olimpik Paris akan berakhir, namun kesan negatif daripada tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menyekat atlet negara lain dengan menggunakan alasan ubat perangsang masih mengundang kritikan.
Satu tinjauan pendapat yang dijalankan CGTN dalam kalangan netizen di seluruh dunia mendapati, 95.01 peratus responden mengutuk keras perbuatan keji AS yang menyekat atlet negara lain dengan menggunakan alasan sukan. Mereka berpendapat bahawa ini penindasan "hegemoni AS" terhadap Sukan Olimpik dan perlu waspada.
Tinjauan pendapat tersebut dilancarkan di platform CGTN bahasa Inggeris, Sepanyol, Arab dan Rusia. Seramai 15,244 netizen membuang undi atau berkongsi pandangan mereka dalam tempoh 24 jam.