Xi Sampaikan Perutusan Tahniah kepada Kim Jong Un Sempena Hari Kebangsaan Ke-76 DPRK
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) merangkap Presiden China, Xi Jinping menyampaikan perutusan tahniah kepada Setiausaha Agung Parti Rodong Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Kim Jong Un sempena ulang tahun ke-76 Hari Kebangsaan DPRK hari ini.
Xi menyatakan keyakinan bahawa rakyat DPRK pasti dapat melakar pencapaian baharu dan lebih besar dalam proses memperjuangkan matlamat pembangunan negara sosialis ala DPRK di bawah kepimpinan Parti Rodong yang diketuai oleh Setiausaha Agung.
Beliau menegaskan lagi, China dan DPRK merupakan negara jiran dengan persahabatan tradisional yang kekal lama.
"Tahun ini menandakan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik antara China dan DPRK dan ‘Tahun Persahabatan China-DPRK’.
“Pada era dan situasi baharu, China akan terus meletakkan hubungannya dengan DPRK dari perspektif strategik untuk jangka masa panjang, dan komited memperkukuh komunikasi strategik, penyelarasan dan kerjasama dengan DPRK bagi memelihara, mengeratkan dan megembangkan hubungan persahabatan dan kerjasama tradisional antara kedua-dua negara, memperjuangkan matlamat pembangunan negara sosialis demi kesejahteraan rakyat, sekali gus menyumbang kepada kedamaian, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran serantau, malah dunia ,” kata beliau.