Muzik Afrika Bergema di Kota Zhengzhou
Persahabatan antara negara lahirnya daripada ikatan rapat sesama rakyat, begitu juga asas serta nadi hubungan China-Afrika berakar dalam kalangan rakyat.
Sempena berlangsungnya Sidang Kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC) 2024, Kumpulan Media China (CMG) mengundang wakil 10 media arus perdana dari negara Afrika menyertai program liputan 'Jelajah China: Kembara ke Zhengzhou' untuk merasai pembangunan modenisasi ala China di kota berusia lebih 3,600 tahun itu.
Di pentas persembahan lagu balada di pasar malam jalan Shuncheng, wakil media dari Kenya mendendangkan sebuah lagu cinta bertajuk 'Sura Yako' yang bererti 'muka engkau' sebagai luahan kegembiraan kerana mendapat kawan baharu.