Pameran Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa China ke-24 Buka Tirai

2024-09-09 16:15:50  CRI
Share with:

Pameran Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa China (CIFIT) edisi ke-24 membuka tirainya di bandar Xiamen, provinsi Fujian di tenggara China pada Ahad.


Naib Perdana Menteri China He Lifeng dalam ucapannya pada majlis perasmian berkata selaku platform penting untuk menggalakkan kerjasama terbuka melalui pelaburan dua hala, tahap pengantarabangsaan dan pengkhususan CIFIT terus meningkat. 


Sesi pleno ketiga Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China (PKC) membuat aturan strategik bagi memperkasa pembaharuan secara komprehensif dan memacu modenisasi ala China.


Menurut He, China mempergiat usaha mewujudkan pembangunan berkualiti tinggi, mempercepat pembangunan kuasa produktif kualiti baharu, memantapkan pelaksanaan strategi pembangunan dipacu inovasi, menyokong inovasi dalam segenap aspek dan memperkasa keterbukaan bertaraf tinggi.


"Usaha berkenaan akan mewujudkan ruang pasaran yang lebih luas serta persekitaran perniagaan yang lebih baik untuk syarikat asing," kata beliau.


Menjelang pameran itu, He bertemu dengan ahli Majlis Tertinggi Persekutuan dan pemerintah Ras Al Khaimah Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Saud bin Saqr Al Qasimi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Pengerusi Pertama Majlis Pembangunan Kemboja Sun Chanthol, serta wakil syarikat multinasional dan persatuan perniagaan pada Sabtu.