China Buka Sepenuhnya Sektor Pembuatan kepada Pelabur Asing Bermula 1 Nov

2024-09-09 15:30:20  CRI
Share with:

Menurut maklumat dari Suruhanjaya Pembaharuan dan Pembangunan Negara China, "Langkah Pemantauan Khas terhadap Akses Modal Asing (Senarai Negatif, Edisi 2024)" telah diumumkan oleh Kementerian Perdagangan China semalam dan dijadualkan berkuatkuasa bermula 1 November 2024, dengan menggantikan edisi 2021.


Langkah sekatan melibatkan senarai negatif tentang akses modal asing yang termaktub dalam edisi baharu itu telah dikurangkan dari 31 ke 29,  dan dijadikan "sifar" dalam sektor pembuatan. 


Pegawai berkenaan menyatakan pelancaran edisi baharu itu merupakan satu langkah penting untuk melonjakkan mekanime baharu ekonomi yang bersifat terbuka ke satu tahap yang lebih tinggi, memperlihatkan keazaman China dalam mendorong pelaburan berkembang ke arah yang lebih bebas dan mudah serta menggalas tanggungjawab dalam mencetuskan fenomena yang terbuka dan kerjasama dalam senario global.