Xi Sampaikan Salam kepada Warga Emas di Ambang Pesta Chongyang

2024-10-10 14:28:55  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping hari ini menyampaikan salam kepada golongan warga emas di ambang Pesta Chongyang yang jatuh pada Jumaat.


Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China dalam sepucuk surat balasnya kepada wakil sukarelawan warga emas yang merupakan anggota kepada “gerakan sukarela warga emas” menyatakan harapan agar golongan warga emas kekal bersemangat dan sihat dalam menjalani kehidupan pada usia yang lanjut, dan meneruskan usaha mereka untuk menyumbang kepada pembangunan modenisasi ala China.


Beliau juga berharap jawatankuasa PKC di pelbagai peringkat dan pihak berkuasa tempatan meningkatkan perhatian kepada pelbagai kerja yang berkait dengan warga emas, menumpukan kepada penyelesaian masalah yang mendesak yang dihadapi warga emas, melengkapkan dasar dan langkah berkenaan untuk memastikan hak dan kepentingan warga emas dalam hidup harian terjamin.