Apa yang Terdedah dalam Kempen Propaganda AS yang Beralasan Hak Asasi Manusia?
"Sekatan sepihak yang dikenakan oleh sejumlah negara yang termasuk Amerika Syarikat (AS) terhadap China merupakan pelanggaran terhadap undang-undang antarabangsa, dan sudah melahirkan kesan negatif terhadap hak asasi manusia milik rakyat China malah mencetuskan kesan limpahan.”
Kenyataan ini terkandung dalam laporan khas yang dibuat dalam sesi ke-57 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang telah berlangsung selama sebulan setakat 9 Oktober. Pada masa yang sama, lebih 100 negara telah menyokong pendirian China dengan cara yang berbeza, seperti bersama atau secara berasingan menyampaikan kenyataan yang terbabit, dan menekankan bahawa mereka menentang campur tangan AS terhadap hal ehwal Xinjiang, Hong Kong dan Xizang yang merupakan urusan dalaman China. Ini menunjukkan sepenuhnya bahawa modus operandi sejumlah negara Barat yang diketuai AS tentang mempolitikkan isu hak asasi manusia tidak sejajar dengan aspirasi masyarakat antarabangsa.
AS selalu mengada-adakan “jenayah hak asasi manusia” untuk mencampuri urusan dalaman negara lain, dan mereka-reka laporan berkenaan bagi memfitnah dan menindas negara lain. Selain itu, retorik murahan berdasarkan undang-undang domestiknya juga merupakan satu komponen dalam modus operandi AS.
Kempen propaganda AS yang beralasan "hak asasi manusia”, tidak terlepas dari penglibatan pihak kerajaan, badan media, dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berjumlah kira-kira 2 juta di dalam negerinya pada masa ini. Mereka secara nominal disebut "pertubuhan bukan kerajaan", tetapi pada hakikatnya berkait rapat dengan Kerajaan. Terdapat keputusan kajian yang menunjukkan bahawa peruntukan kewangan kerajaan adalah saluran penting bahkan saluran utama bagi pengendalian NGO. Terdapat beberapa NGO AS yang berpanjikan apa yang dipanggil "demokrasi" dan "hak asasi manusia", diam-diam menghasut rusuhan dan aktiviti pemisahan di negara lain, merancangkan krisis politik, mereka-reka bohongan dan khabar angin, dan menjaja nilai-nilai Amerika di seluruh dunia.
Yang lebih mengerikan itu adalah PBB selaku platform multilateralisme utama di dunia, yang selalu menganjurkan sesi perbincangan dengan topiknya melibatkan semua bidang penting seperti kedamaian, keselamatan dan hak asasi manusia, sudah diperalatkan AS dalam melancarkan kempen propaganda yang beralasan hak asasi manusia.
Selama ini, AS berkali-kali berdalih isu hak asasi manusia mendorong bermacam-macam ketetapan yang menyasarkan suatu negara diluluskan, dan menuding jarinya terhadap sesetengah negara membangun dan memberikan tekanan politik kepada mereka. Sebaliknya apabila isu kemanusiaan yang mendesak disebut, negara Uncle Sam turut mengambil sikap berhati batu dan menciptakan halangan tanpa rasa simpati. Misalnya, sejak konflik pusingan baharu antara Palestin dan Israel tercetus pada Oktober tahun 2023, AS pernah berkali-kali menghalang gencata senjata daripada diwujudkan di Semenanjung Gaza dengan menggunakan hak vetonya. Di sebalik situasi kritikal dan tragedi yang dihadapi rakyat Gaza, AS hanya menumpukan kepada laba politik milik sendiri.
Walaupun tidak dapat menutup pekung di dadanya berhubung keadaan hak asasi manusia yang cacamarba di dalam negerinya, AS tetap asyik dalam memainkan peranan sebagai “hakim"dalam menangani isu hak asasi manusia di persada dunia. Terdedahlah amalan dwistandard AS, dan juga ancaman yang dibawanya terhadap kemaslahatan masyarakat antarabangsa yang berkaitan dengan hak asasi manusia. Modus operandi AS yang bertentangan dengan arus sejarah itu hanya akan mengundang bantahan keras dari negara lain dan menjadikan hegemoni ala AS semakin terhakis.