Senjata Api dan Sekatan Sepihak Bukan yang Diperlukan dalam Penyelesaian Konflik Palestin-Israel

2024-10-10 14:39:58  CRI
Share with:

Senjata api dan sekatan sepihak bukan yang diperlukan dalam penyelesaian konflik antara Palestin dengan Israel, sebaliknya motif politik dan usaha diplomatik.


Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning pada sidang media pada Rabu.


Dimaklumkan, sempena ulang tahun pertama tercetusnya konflik terbabit, Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) melaksanakan sekatan bermula semalam terhadap sejumlah individu dan entiti negara ketiga dengan dakwaan mereka membekalkan modal kepada Hamas, tetapi negaranya memilih menambah lagi bantuan bernilai USD8.7 bilion (RM37.33 bilion) kepada Israel pada akhir bulan lalu.


Sehubung itu, Mao berkata, konflik yang berlarutan setahun itu telah meragut lebih 40,000 nyawa di Semenanjung Gaza, dengan kebanyakannya adalah wanita dan kanak-kanak. Masyarakat antarabangsa telah mencapai persepakatan untuk meredakan ketegangan, mewujudkan gencatan senjata, melindungi keselamatan penduduk awam, dan mengelakkan malapetaka kemanusiaan daripada berlaku. Negara kuasa besar diharap memainkan peranan yang wajar, meneladani negara lain mencetuskan fenomena yang adil dan objektif dalam mematuhi undang-undang antarabangsa, dan memberi sumbangan yang proaktif supaya peperangan yang berleluasa itu dapat dinoktahkan seawal mungkin dan situasi semasa boleh menjadi terkawal.