APEC, Wahana Dialog dan Kerjasama Penting bagi Entiti Ekonomi Utama
China berperanan signifikan dalam penganjuran persidangan APEC yang dipandang sebagai platform dialog dan kerjasama yang penting bagi pelbagai entiti ekonomi utama dalam senario global sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Demikian dinyatakan Duta Besar Peru ke China, Marco Balarezo baur-baru ini.
Sementara itu, beliau juga menyifatkan APEC forum diplomatik dan politik yang penting bagi Peru kerana ia menyediakan peluang kepada barisan pemimpin negara dari entiti ekonomi utama bertemu dan berinteraksi di negaranya.
"Kami melihat China rakan kerjasama yang amat penting, kerana kami dapat mencapai persepakatan dengan China, dan sekarang ini kita sudah mempunyai masa depan yang cemerlang melalui kolaborasi yang boleh direalisasikan, tetapi bukanlah persaingan dan konflik, di rantau Asia Pasifik" katanya lagi.

