Cuaca di Beijing pada Bulan Disember 2013 |
Salam sejahtera dan terima kasih kerana sudi menulis. Untuk menjawab pertanyaan saudara, cuaca di Beijing pada 23 hingga 28 hb Disember amat sejuk, dengan suhunya diramalkan antara -8 hingga 2 darjah celcius. Apabila suhu berada di bawah paras beku sebegini, kemungkinan adanya salji memang tinggi, tetapi malangnya kita tidak dapat ramalkan dengan tepat. Walau tidak bersalji sekalipun, suhu yang diramalkan itu memang sudah cukup sejuk. Saudara dinasihatkan bersiap sedia dengan pakaian tebal secukupnya.Sekian, terima kasih. Salam dari Beijing, Bahagian Bahasa Melayu CRI |