Masjid Kowloon Hong Kong
2018-03-27 10:28:06 CRI

Masjid Kowloon merupakan masjid yang paling terkenal di Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Hong Kong, China. Masjid itu dibina oleh tentera India yang beragama Islam yang ditempatkan oleh Britain di Hong Kong pada tahun 1896. Pada tahun 1980, masjid itu dibina semula dengan sumbangan pelbagai persatuan dan tokoh Islam di Hong Kong serta bantuan dunia Islam di negara asing.

Masjid baharu seluas lebih 1,500 meter persegi. Bangunan masjid mempunyai tiga tingkat. Tingkat pertama ialah perpustakaan, bilik mesyuarat, pusat pengajian al-Quran dan pusat pengajian pemuda. Tingkat dua ialah ruang sembahyang yang boleh menampung kira-kira seribu orang beribadat bersama-sama. Dan tingkat tiga ialah ruang sembahyang untuk muslimah. Bangunan masjid itu mempunyai seni bina Arab.

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China