Cari:
Olimpik Pyeongchang Labuh Tirai
2018-02-26 11:47:05 CRI Cetak

Sukan Olimpik Musim Sejuk ke-23 melabuhkan tirai di Stadium Olimpik Pyeongchang, Korea Selatan semalam.

Presiden China, Xi Jinping mewakili tuan rumah bagi temasya seterusnya pada tahun 2022, memanjangkan undangan kepada atlet dari serata dunia melalui rakaman video yang ditayangkan semasa majlis penutupan.

Majlis itu menghidangkan persembahan kesenian bertemakan harapan terhadap masa depan, ditutup dengan persembahan "Lapan Minit Beijing" yang disambut baik oleh penonton dari seluruh dunia.

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach telah menyerahkan bendera Sukan Olimpik kepada Datuk Bandar Beijing, yang juga Presiden Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Chen Jining.

Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong selaku wakil khas presiden Xi, turut menghadiri majlis penutupan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China