Cari:
Semua Pelancong China Yang Terselamat di Sabah Kembali ke Tanah Air
2017-02-14 14:39:52 CRI Cetak
Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu semalam memaklumkan bahawa empat pelancong China yang terselamat dalam tragedi bot karam di Sabah serta anggota keluarga telah berlepas ke China pagi semalam.

Dengan itu, kesemua 20 pelancong China yang terselamat telah kembali ke tanah air.

Mereka juga merakamkan ucapan terima kasih atas bantuan Konsulat Jeneral China, syarikat China di Sabah serta kaum Cina tempatan.

Ketika diwawancara oleh media, Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu, Chen Peijie mengingatkan pelancong China yang melawat ke Sabah agar sentiasa memberi perhatian mengenai langkah-langkah keselamatan yang dikeluarkan oleh Konsulat Jeneral, di samping memilih agensi pelancongan yang disahkan oleh jabatan pelancongan tempatan.

Jika menaiki kapal, para pelancong hendaklah membeli insurans dan memeriksa jaket keselamatan.

Dimaklumkan, semua pelancong yang terselamat telah melantik peguam untuk menguruskan tindakan selanjutnya, termasuk meminta pampasan.

Konsulat Jeneral China juga akan terus memantau perkembangan terkini dan berharap agar pihak berkuasa Sabah dapat mengambil jalan penyelesaian yang sewajarnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China