Cari:
Guangxi Penting bagi Kerjasama China-Malaysia
2017-12-08 14:35:42 CRI Cetak

Konsul Besar Malaysia ke Nanning, Bong Yik Jui semalam menyatakan bahawa kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dengan China mengekalkan momentum perkembangan kukuh selama ini. Dalam pada itu, peranan wilayah Guangxi amat penting.

Katanya, laluan pelayaran antara pelabuhan Teluk Beibu Guangxi dengan Malaysia, sebahagian projek kesalinghubungan usaha sama China dan Singapura, akan memudahkan kegiatan ekonomi.

China diunjur menjadi rakan dagang terbesar bagi Malaysia untuk tahun ke-9 berturut-turut pada tahun ini.

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) yang diadakan di Nanning sejak 2004, turut memacu kerjasama antara Malaysia dengan Guangxi.

Malaysia yang terletak di tengah-tengah Asia Tenggara, membuka pintunya kepada pelabur China untuk meluaskan urus niaga ke seluruh rantau ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China