Cari:
China, Vietnam Didakwa Lambak Kotak, Almari Alatan ke AS
2018-04-06 13:18:28 CRI Cetak

Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat (AS), Wilbur Ross dalam satu kenyataan semalam mendakwa terdapat tanda-tanda amalan lambakan produk kotak dan almari alatan yang diimport dari China dan Vietnam.

Kata beliau, sekiranya Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa AS (USITC) mencapai keputusan yang menyokong dakwaan itu pada Mei nanti, tarif antilambakan akan dikuat kuasa ke atas produk terbabit.

Pada Mei tahun lalu, Jabatan Perdagangan AS melancarkan siasatan antilambakan dan antisubsisi melibatkan produk tersebut sebagai respons kepada aduan daripada pengeluar tempatan.

Sebanyak 22 siasatan serupa telah dilancarkan pada suku pertama tahun ini, meningkat 150% berbanding tempoh sama tahun lalu.

China berharap AS mematuhi janjinya untuk menentang amalan perlindungan perdagangan dan bersama-sama memastikan suasana perdagangan antarabangsa yang bebas, terbuka dan adil, di samping menangani pergeseran perdagangan dengan cara yang lebih munasabah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China