|
Brunei Darussalam Giat Menarik Pelaburan Asing
CRI
|
Hubungan politik antara China dan Brunei Darussalam berkembang stabil, kerjasama ekonomi semakin hari semakin erat, khususnya perdagangan dan pelaburan antara satu sama lain semakin hari semakin banyak. Seiring dengan pertumbuhan ekonomi semakin hari semakin pesat, China merupakan negara penting yang melabur di negara ASEAN berbanding hanya menarik pelaburan asing pada masa dahulu. Pelbagai negara anggota ASEAN sangat mementingkan pelaburan dari China. Sejak 8 hingga 11 September lepas, Bandar Xiamen yang sangat indah permai di China telah secara berjaya mengjanjurkan Pesta Pelaburan dan Perdagangan China(CIFIT) ke-7, dalam pesta tersebut telah diadakan Forum Dasar Pelaburan Negara ASEAN, wakil dari 10 negara anggota ASEAN telah membentangkan laporan masing-masing, secara terperinci memperkenalkan peluang pelaburan dan tindakan terbaru untuk menarik pelaburan asing ke negara masing-masing dari seluruh dunia, khususnya dari China.
Ketua Eksekutif Jabatan Pembangunan Ekonomi Brunei Darussalm encik John A. Perry dalam forum tersebut telah perkenalkan persekitaran, kelebihan dan matlamat pembangunan pelaburan di Brunei Darussalam. Brunei wilayahnya kecil, jumlah penduduknya kurang ramai, tetapi potensi tarikan pelaburan asingnya tinggi. Dalam bidang petroleum dan gas asli, Brunei telah mengadakan banyak kerjasama yang berjaya dengan pelbagai negara. Misalnya dalam bidang gas petroleum cecair(LPG), Brunei dan Jepun sudah menjalin kerjasama selama 30 tahun, kerajaan Brunei telah memberi jaminan dari segi dasar tentang kerjasama tersebut, dan berharap dengan tindakan tersebut menarik pelaburan jangka panjang firma transnasional. Dasar tersebut akan kekal dalam jangka panjang.
Encik Johan A. Perry menyatakan, Brunei mempunyai beberapa kelebihan untuk menarik pelaburan asing, beliau berkata:
“Pertama, dinamik ekonomi Brunei tinggi, pelaburan dalam industri petroleum dan gas asli boleh mendapat keuntungan jangka panjang, ini telah menyediakan sokongan ekonomi yang stabil kepada pelabur. Selain itu, kestabilan politik juga menyediakan dasar yang kukuh kepada pelabur. Kerajaan mengemukakan beberapa dasar untuk menggalakkan pelabur asing melabur di Brunei Darussalam.”
Selain itu, dasar pendidikan Brunei sangat baik, kebanyakan tenaga kerjanya berpendidikan tinggi, graduan baru juga telah memberi dinamik yang baru dalam pasaran tenaga profesional.
Brunei Darussalam sangat sesuai untuk dijadikan tempat tinggal, khususnya peminat golf, Brunei mempunyai padang golf yang terbaik di dunia. Selain itu, lokasi Brunei sangat strategik, encik John A. Perry berkata:
“Lokasi geografi Brunei sangat penting, ia boleh menjadi pusat rantau ASEAN, dan boleh menjadi pusat transit pengangkutan. Brunei juga mempunyai infrastruktur yang baik, khususnya lebuh raya, telekomunikasi dan pelabuhannya antara yang termoden di dunia.”
Encik John A. Perry berpendapat, walaupun Brunei sangat sesuai untuk dijadikan tempat melabur, tetapi sekarang keadaan penerimaan pelaburan asing belum begitu memuaskan. Jabatan Pembangunan Ekonomi Brunei Darussalam berpendapt, mesti ada unsur penggalakan yang sesuai, baru boleh menarik pelaburan dari firma yang paling baik di dunia. Unsur tersebut sangat penting dan merupakan prasyarat kepada Brunei. Encik John A.Perry berkata:
“Yang paling penting ialah gas asli. Industri petroleum dan gas asli kami sangat maju, cara penggunaan gas asli sangat banyak, bukan sahaja boleh menjadi gas petroleum cecair, juga boleh dijadikan bahan mentah kilang kimia atau sumber tenaga. Kami mesti sepenuhnya menggunakan kelebihan tersebut untuk menarik pelaburan asing.”
Unsur penggalakan kedua ialah Brunei mempunyai pelabuhan air dalam semula jadi, kedalaman air mencapai taraf tertinggi di dunia, iaitu 18 hingga 19 meter, ini sangat sesuai untuk kapal kontena. Brunei akan secara besar-besaran menggunakan sumber pelabuhan dalamnya, supaya menjadi pusat pengangkutan pelabuhan air mendalam ASEAN malah seluruh dunia. Sekarang, Brunei juga sedang merancang, mengkaji potensi tersebut, dan sepenuhnya manfaatkan kelebihan lokasi Brunei. Beliau berkata,
“Jabatan Pembangunan Ekonomi kami telah menetapkan sasaran pembangunan tahun 2008, dengan harapan sehingga tahun 2008 kami boleh menerima pelaburan berjumlah 4.5 bilion Dolar Amerika, menyediakan 6 ribu peluang kerja jangka panjang. Ini telah meletakkan dasar yang baik untuk ekonomi Brunei berkembang stabil dalam jangka panjang.”
Menetapkan sasaran pembangunan tahun 2008 disebabkan China akan berkembang pesat sebelum tahun 2008, Brunei mesti menggunakan peluang ini, khususnya dalam tempoh 5 tahun akan datang. Banyak projek digalakkan perkembangan, sasaran tahun 2008 Brunei akan dicapai dari dua segi, iaitu menubuhkan pangkalan petrokimia berdasarkan skop industri petrokimia dan gas asli yang sedia ada, menarik pelaburan dari seluruh dunia dan menubuhkan pusat pelabuhan air dalam sejagat.
Sekarang, Brunei dan beberapa firma besar telah memeterai Memorandum Kerjasama, jumlah pelaburannya mencapai 1.8 bilion Dolar Amerika. terutamanya untuk mengembangkan perusahaan petrokimia, metalurgi, pemprosesan aluminium, getah dan lain-lain. Sekarang, terdapat 4 projek telah mula dilaksanakan.
Pendek kata, Brunei mesti menfaatkan kelebihannya, baru boleh mencapai kejayaan. Brunei akan berusaha dengan lebih gigih, bersama-sama negara lain, memberi sumbangan memakmurkan pasaran pelaburan. Brunei akan menjadi negara terbaik kepada pelabur.
|
|