Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2003-12-19 13:48:47    
Mengenai CRI

CRI

Radio Antarabangsa China (China Radio International-CRI) ditubuhkan pada 3 Disember 1941 dan merupakan satu-satunya stesen radio China yang menyiarkan rancangan ke luar negara. Hasrat CRI adalah untuk meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara rakyat China dengan rakyat pelbagai negara di dunia.

Semasa baru ditubuhkan, CRI hanya mempunyai siaran dalam bahasa Jepun selama 15 minit pada setiap hari. Selepas pembangunan selama lebih 60 tahun, sekarang, CRI menyiarkan rancangan selama 211 jam dalam 38 jenis bahasa asing, bahasa Mandarin dan 4 jenis dialek pada setiap hari. Kandungannya termasuk warta berita, rencana semasa, rancangan khas tentang ekonomi, kebudayaan, sains dan teknologi dan sebagainya. Siaran CRI boleh didengar di seluruh dunia.

Radio Antarabangsa China mempunyai 27 pejabat pemberita di seluruh dunia. Di pelbagai tempat di China termasuk Hong Kong dan Makau, juga terdapat pejabat pemberita CRI. Dengan ini, CRI telah memiliki jaringan maklumat yang luas.

Pada setiap tahun, Radio Antarabangsa China menerima lebih 600 ribu pucuk surat daripada para pendengar di kira-kira 200 negara dan kawasan di dunia. CRI digelar sebagai "Jambatan yang Menghubungkan China dengan Dunia" dan "merupakan cara yang mudah dan berkesan bagi memahami China".