Naib Perdana Menteri yang juga ketua Kumpulan Pimpinan Pembangunan dan Penyediaan Bantuan kepada Penduduk Miskin Dewan Negara Encik Hui Liangyu dalam sidang pleno kumpulan itu yang diadakan di Beijing menegaskan, tugas baru akan dijalankan untuk menyediakan bantuan kepada penduduk miskin dalam era baru.
Menurut Encik Hui Liangyu, tugas baru tersebut harus dilaksanakan dengan mempertahankan panduan asas tugas pembangunan dan penyediaan bantuan kepada penduduk miskin yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pusat, melaksanakan “Program pembangunan dan penyediaan bantuan kepada penduduk di kampung China.”
Menurut Encik Hui Liangyu, dalam tempoh 5 tahun lalu, atas pimpinan bijak Parti Komunis China dan Dewan Negara serta usaha bersama rakyat China, “Rancangan penyediaan bantuan kepada penduduk miskin 87” berjaya diwujudkan, isu makanan dan pakaian penduduk miskin diselesaikan pada asasnya, situasi baru dianalisis secara saintifik untuk menghadapi situasi era baru, “Program pembangunan dan penyediaan bantuan kepada penduduk di kampung China” ditetapkan untuk mendorong pelaksanaan tugas berkaitan pada era baru, kejayaan yang ketara telah dicapai dan banyak pengalaman telah diperoleh. Akan tetapi, China tetap menghadapi tugas yang sukar untuk menyelesaikan isu makanan dan pakaian penduduk miskin yang masih ramai, membantu penduduk yang pendapatan rendah di kampung mengatasi kemiskinan.
Encik Hui Liangyu menegaskan, meneruskan tugas pembangunan dan penyediaan bantuan kepada penduduk miskin, mempercepat pembangunan di kawasan mundur bersangkut paut dengan perkembangan dan kestabilan pembaharuan seluruh negara, dan mewujudkan matlamat masyarakat kaya. Badan di pelbagai tempat harus menyedari tugas pembangunan dan penyediaan bantuan kepada penduduk miskin, ini amat mendesak, sukar dan harus dilaksanakan dalam jangka panjang, menumpukan perhatian dan berusaha agar tugas yang sukar tersebut diselesaikan secara menyeluruh. Tugas utama yang harus dilaksanakan pada tahun ini adalah seperti berikut:
Pertama, berusaha untuk mengembangkan jenis pertanian yang mempunyai keunggulan dan bercirikan tempatan, berusaha untuk menambah pendapatan petani di kawasan mundur, menyusun semula dan menyempurnakan struktur pertanian, membimbing petani memasuki pasaran, melaksanakan dengan aktif hasil tenaga kerja. Di samping itu, terus melaksanakan projek seperti menjadikan sawah ladang sebagai hutan dan “6 projek kecil” di kampung untuk meningkatkan pembangunan kemudahan infrastruktur pertanian dan kampung, menyempurnakan syarat produksi dan kehidupan di kawasan mundur.
Kedua, melaksanakan dengan bersungguh-sungguh rancangan menyediakan bantuan kepada penduduk miskin. Pada tahun ini, tugas berkaitan harus dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh di 530 ribu kampung mundur. Memperbaiki sistem ekologi alam sekitar dan membina jalan di kampung di kawasan yang mundur tersebut.
Ketiga, mengobarkan warisan baik bangsa China, menggalakkan pelbagai lapisan masyarakat menyertai penerokaan dan menyediakan bantuan kepada penduduk miskin.
Keempat, mengkaji dengan teliti isu baru yang dihadapi dalam proses meneroka dan menyediakan bantuan kepada penduduk miskin. Isu-isu tersebut termasuk memindahkan penduduk miskin ke tempat lain, menyediakan bantuan kepada etnik minority yang jumlah penduduknya kurang banyak dan kumpulan yang tidak berkemampuan, memperbaiki cara menyediakan bantuan kepada penduduk miskin dengan menggunakan mekanisme pasaran.
Dan kelima, mengubah cara kerja, meningkatkan pimpinan kerja berkaitan, meningkatkan pembangunan pertubuhan asas di kawasan mundur untuk menyediakan bantuan yang bersifat hakiki kepada penduduk miskin.
----Roo Ching
|