Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2003-10-21 09:13:14    
Sidang Pendengaran telah Diadakan untuk Memangkin Pembaharuan

CRI
Sidang pendengaran harga tiket syarikat penerbangan awam China yang menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat telah dirasmikan di Beijing baru-baru ini. Para peserta sidang itu mengadakan perbincangan yang serius tentang kertas “Cadangan pembaharuan harga tiket perkhidmatan penerbangan dalam negara Syarikat Penerbangan Awam China” setebal lebih 200 halaman. Ketua Pengarah Bahagian Harga tiket perkhidmatan Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan China Encik Zhao Xiaoping menyatakan, sidang pendengaran itu mengutamakan kepentingan rakyat dan rasional serta mencapai matlamat yang ditetapkan.

Encik Zhao Xiaoping menyatakan, mekanisme penetapan harga tiket perkhidmatan penerbangan dalam negara Syarikat Penerbangan Awam China dikawal oleh kerajaan, harga tiket penerbangan hanya boleh dinaikkan atau diturunkan dalam kadar yang tertentu oleh perusahaan atas kelulusan kerajaan dan ini mencerminkan perubahan bentuk penawaran dan permintaan di pasaran sesuai dengan arah pembaharuan ekonomi pasaran sosialisme. Kebanyakan wakil yang menyertai sidang pendengaran bersetuju dengan prinsip asas cadangan pembaharuan tersebut.

Para peserta telah mengemukakan banyak cadangan yang bersifat membina terhadap cadangan pembaharuan itu, cadangan mereka tertumpu kepada 6 aspek berikut:

Pertama, menggubal peraturan dan undang-undang berkaitan, membentuk sistem penilaian dan pertimbangan kos perkhidmatan penerbangan, keputusan penilaian dan pertimbangan itu dijadikan sebagai asas untuk menetapkan harga tiket perkhidmatan tiket penumpang, tahap harga tiket perkhidmatan naik atau turun dan penyeliaan pasaran. Di samping itu, keputusan itu harus diumumkan kepada masyarakat.

Kedua, mengurangkan pada tahap yang sesuai beban bayaran cukai perusahaan syarikat penerbangan, mengurangkan harga tiket perkhidmatan bahan bakar atau minyak penerbangan untuk mengurangkan kos operasi syarikat penerbangan dan menurunkan harga tiket perkhidmatan tiket.

Ketiga, mempertimbangkan dengan menyeluruh kos yang dapat dikawal dan kos yang tidak dapat dikawal oleh perusahaan perkhidmatan penerbangan agar selaras dan rasional serta kerajaan dapat memainkan peranan meningkatkan pasaran, mengkaji kemampuan pengurangan kos penerbangan.

Keempat, meneruskan pembaharuan terhadap sistem penerbangan awam, membentuk dan menyempurnakan mekanisme dalam dan luar pasaran perkhidmatan penerbangan dalam negeri China, memangkin persaingan rasional antara pelbagai perusahaan perkhidmatan penerbangan, mempelbagaikan bentuk ekonomi dan cara perkhidmatan pengangkutan.

Kelima, kerajaan harus meningkatkan penyeliaan terhadap pasaran dan harga perkhidmatan penerbangan dalam negara. Tindakan penyeliaan yang berkesan harus ditetapkan dalam cadangan pembaharuan untuk memelihara prosedur pasaran yang normal.

Dan keenam, para pakar dan sarjana menegaskan, perkembangan yang selaras antara perusahaan penerbangan awam dengan ekonomi nasional harus dikekalkan. Penumpang dan syarikat harus bersama-sama mendapat manfaat dalam pembaharuan harga tiket perkhidmatan kali ini.

Encik Zhao Xiaoping menyatakan, setelah sidang pendengaran itu berakhir, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan China akan bersama-sama dengan Badan Pentadbiran Penerbangan Awam China akan berdasarkan cadangan para wakil dan cadangan yang dikemukakannya menerusi internet dan talian penting untuk menyempurnakan cadangan pembaharuan. Cadangan tersebut kemudian diserahkan menurut prosedur yang ditetapkan kepada Dewan Negara China untuk disahkan.

----Roo Ching