Matlamat mewujudkan masyarakat kaya yang dikemukakan dalam Kongres Kebangsaan ke-16 Parti Komunis China amat bererti bagi memangkin pembangunan China. Bagi mewujudkan matlamat ini, yang paling penting ialah mempercepat pembangunan ekonomi di bahagian barat China khususnya di kampung-kampong di bahagian tersebut.
Dalam pembangunan ekonomi di kampung di bahagian barat China, masalah yang paling sukar diselesaikan ialah kemunduran kemudahan infrastruktur. Sekarang, kerajaan China sedang melaksanakan strategi penerokaan di kawasan bahagian barat China, memperuntukkan sejumlah besar dana untuk membantu kawasan tersebut. Di samping itu, beberapa perusahaan di kawasan bahagian timur China yang berkembang maju terlebih dahulu juga mula melabur ke kawasan bahagian barat. Ini menyediakan peluang yang baik bagi pembangunan kemudahan infrastruktur di kawasan bahagian barat China.
Pada masa ini, beberapa projek yang berskop sederhana sedang dilaksanakan untuk memangkin pembangunan ekonomi di kampung di pelbagai provinsi di bahagian barat China, misalnya projek Gaung Gongbo dan projek pembinaan lebuh raya di provinsi Qinghai. Selain itu, projek yang bersangkut paut dengan perkembangan sosioekonomi dan kehidupan penduduk seperti pembangunan kemudahan infrastruktur jalan raya di kampung, pengubahsuaian jaringan elektrik, kebudayaan, pendidikan dan kesihatan, pembangunan kemudahan tali air yang berskop kecil dan kawalan kawasan perairan sungai kecil juga dilaksanakan untuk meningkatkan pada asasnya taraf produksi dan kehidupan penduduk di kampung di bahagian barat China.
Pada dua tahun kebelakangan ini, penyusunan semula struktur ekonomi sedang dilaksanakan di kampung di bahagian barat China. Pertama, berusaha untuk mengembangkan perusahan pemprosesan hasil pertanian dan penternakan; kedua, mengembangkan pasaran utama dan peruasahaan bercirikan tempatan yang menghasilkan barangan keluaran berjenama yang keunggul dan ketiga, melatih kumpulan broker supaya maklumat disebarkan ke berpuluh ribu keluarga petani agar barangan pertanian yang dikeluarkan oleh mereka dapat dipasarkan dengan lancar.
Kawasan di bahagian barat China luas, akan tetapi tanah yang subur digunakan tidak luas, dan perkembangan pengeluaran dan kesan pertanian menghadapi masalah. Sehubungan dengan itu, memindahkan tenaga kerja lebihan bagi mengurangkan penduduk di kampung merupakan cara berkesan untuk mempercepat pembangunan sosioekonomi dan mewujudkan masyarakat kaya di kawasan bahagian barat China.
Kawasan di bahagian barat China kaya dengan habitat biologi, akan tetapi lemah dalam pengurusan ekologi alam sekitar, sehubungan dengan itu, pembangunan ekologi alam sekitar harus diutamakan dalam proses perkembangan sosioekonomi di kawasan tersebut. Sekarang, kerja menjadikan sawah ladang sebagai hutan dan padang rumput, memajukan tanah terbiar, kehilangan air dan hakisan tanah sedang diusahakan di kawasan bahagian barat China. Sejajar dengan pembangunan ekologi alam sekitar, kerajaan tempatan China juga menumpukan perhatian terhadap kesan sosioekonomi, menjamin kehidupan penduduk yang pernah mengusahakan sawah ladang sebagai sumber rezeki pada masa dahulu, agar mereka tidak memusnahkan hutan dan padang rumput untuk memulihkan sawah ladang. Ini kerana pelaksanaan pembangunan sosioekonomi dan ekologi alam sekitar perlu dilakukan serentak, berkembang secara berterusan, matlamat masyarakat kaya pasti dapat diwujudkan.
----Roo Ching
|