Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2003-10-21 10:39:02    
Beijing Berusaha Membangunkan Bahagian Audit yang Bersih

CRI
Dalam kehidupan politik dan ekonomi China, bahagian audit sentiasa memainkan peranan yg penting lagi istimewa dalam aspek membasmi rasuah, menganjurkan pentadbiran yg bersih, mendidikkan pegawai kerajaan pelbagai peringkat serta perusahaan, dan menstandardkan operasi kewangan pelbagai badan kerajaan serta perusahaan. Dalam tempoh dari tahun 1995 hingga tahun 2001, China kesemuanya telah menangani sebanyak 1963 kes pegawai melanggar undang undang dan peraturan, menghukum seramai 519 orang pegawai yg berjawatan tinggi peringkat kaunti ke atas yg melanggar peraturan, dan membetulkan kesalahan yg dibuat oleh seramai 5,991 pegawai. Hasil tersebut merupakan tugas bahagian audit.

Dalam acara berikutnya, kami perkenalkan Jabatan audit bandar Beijing serta tugas dan kerjanya.

Sejak dasar pembaharuan dan buka pintu dilaksanakan di China, ekonomi China berkembang dgn pesat dan taraf kehidupan rakyat juga ditingkatkan secara besar-besaran. Tetapi kegiatan rasuah juga banyak berlaku. Berdasarkan perkembangan itu, Jabatan Audit Bandar Beijing telah ditubuhkan pada tahun 1983, waktu itu, kakitangannya hanya berjumlah 40 hingga 50 orang. Kerana dipentingkan oleh kerajaan pusat dan diperlukan dalam pembangunan, setelah berkembang selama belasan tahun, Jabatan Audit Bandar Beijing telah mempunyai kakitangan seramai 514 orang, bertugas menguruskan dan menyelaraskan kerja audit di 18 buah distrik dan kaunti di Beijing. Serentak itu, ia juga memainkan peranan yg semakin besar dalam bidang ekonomi di Beijing. Ketua Pengarah Jabatan Audit Bandar Beijing Encik Qi Guosheng ketika diwawancara oleh wartawan kami telah memaklumkan tugas utamanya, beliau berkata,

“Jabatan Audit Bandar Beijing mempunyai tugas utama seperti berikut, mengaudit belanjawan kewangan unit pentadbiran yg berperingkat sama; mengaudit perbelanjaan kewangan pelbagai bahagian kerajaan bandar Beijing dan pelbagai perusahaan; mengaudit projek pembinaan yg agak besar di bandar Beijing, misalnya, bangunan yg tertinggi di Beijing—Menara CCTV, kerja auditan itu dijalankan oleh Jabatan Audit Bandar Beijing; mengaudit penggunaan dana jaminan sosial dan dana kebajikan; ditugaskan oleh Jabatan Pengauditan Negara, mengaudit sejumlah projek dana antarabangsa dan pinjaman wang; mengadakan audit ketanggungjawapan ekonomi terhadap pemimpin utama dalam perusahaan, pegawai yg berpangkat kaunti ke atas dalam tempoh perkhidmatannya dan setelah tempoh perkhidmatannya berakhir, dan akhirnya, tugas kami termasuk: membantu dan mengatur audit dalaman, menyediakan bantuan yg bersifat dasar dan teknologi kpd pertubuhan audit atau syarikat audit swasta, dan lain lain”. Di China, kerajaan mengemukakan tuntutan yg lebih ketat kpd kakitangan audit berbanding kaki tangan yg bekerja di bahagian yg lain. Naib Ketua Pengarah Jabatan Audit Bandar Beijing Encik.Shen Zhide berkata,

“Gejala yg buruk dalam kehidupan seperti lantai yg sudah kotor, dan bahagian audit diibaratkan sebagai penyabu, fungsi penyapu ialah membersihkan lantai yg kotor, tetapi, penyapu itu sendiri tidak boleh kotor, jika kotor, lantai akan menjadi lebih kotor.” Jabatan Audit Bandar Beijing secara langsung dipimpin oleh kerajaan bandar Beijing dan Jabatan Pengauditan Negara China, pegawai biasanya dilantik oleh kerajaan Beijing, pegawai yg berpangkat tinggi dilantik oleh Jabatan Pengauditan Negara setelah dicadangkan oleh kerajaan Beijing dan dibahaskan serta diluluskan dalam Kongres Rakyat tempatan.

-------AZMI