Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2003-10-21 14:10:33    
Sekolah Malam Dibuka di Bandar Chengdu untuk Meningkatkan Pendidikan, Kemahiran dan Pengetahuan Buruh Tani

CRI
Buruh tani kebanyakannya bekerja dalam sektor pembinaan di bandar Chengdu di provinsi Sichuan China. Kerajaan tempatan tuah membuka “sekolah malam buruh tani” di kawasan pembinaan sebagai satu cara untuk memberi pendidikan, kemahiran dan pengetahuan kepada buruh tani untuk meningkatkan kualiti dan taraf fahaman politik mereka.

Pada sebelah malam, sewaktu wartawan mengadakan wawancara di kawasan pembinaan projek Bangunan Sains dan Teknologi dan Asrama Pelajar Sekolah Menengah Bandar Chengdu ke-7, kursus sedang dijalankan di “sekolah malam buruh tani”. Guru sedang menjelaskan pengetahuan tentang “Undang-undang Kerja”, para buruh tani mendengar dengan teliti. Walaupun bilik darjah yang disediakan merupakan bangsal kerja dan kurang sempurna, akan tetapi peralatan pengajaran agak lengkap termasuk meja, kerusi, papan hitam, TV dan buku, terdapat juga jadual pelajaran mingguan ditampalkan pada dinding kelas itu.

Menurut kajian, seramai 20 ribu petani berhijrah purata setiap tahun untuk bekerja di bandar dalam sistem pentadbiran pembangunan bandar Chengdu dan isu pengurusan dan pendidikan sentiasa merupakan isu yang sukar diatasi oleh badan berkaitan. Keseimbangan psikologi para buruh tani mudah terjejas apabila mereka menghadapi kehidupan metropolitan yang makmur dan mencabar, kejadian mencuri, berkelahi selalu berlaku. Sehubungan dengan itu, kerajaan bandar Chengdu merancang membuka sekolah malam di kawasan pembinaan untuk mengajar para buruh tani pengetahuan keselamatan pembinaan, kemahiran menjalankan tugas, kebudayaan dan undang-undang serta dasar semasa. Pelbagai aktiviti rekreasi juga dilaksanakan di kawasan sekolah malam tersebut, seperti pertandingan Karaoke, catur dan poker, menyiarkan program vedio TV untuk memperkaya kehidupan buruh tani.

Sejak dibuka, “sekolah malam buruh tani” mendapat sambutan para buruh tani. Sebanyak lebih 20 sekolah malam ditubuhkan di bandar Chengdu dalam tempoh 2 tahun, seramai lebih 5000 buruh tani menyertai pelajaran. Setiausaha Jawatankuasa Syarikat Pembangunan Bandar Chengdu ke-6 dari Parti Komunis China Puan Qiu Mingzhen berpendapat, selain untuk memperoleh wang di bandar, para buruh tani juga ingin mendapat pengetahuan dan kemahiran. Kandungan pengajaran sekolah malam bersangkut paut erat dengan kehidupan mereka dan merupakan isu yang mereka ingin tahu, ini tentu lebih menarik perhatian mereka daripada penerangan tentang teori yang kosong tanpa isi.

Taraf kehidupan kebanyakan buruh tani kurang tinggi, pengetahuan tentang undang-undang mereka juga terhad, apabila hak dan kepentingan yang sah mereka terjejas, mereka sering mengambil tindakan melampau. Sehubungan dengan itu, pengajaran peraturan dan undang-undang ditingkatkan di sekolah malam agar kesedaran buruh tani tentang pentingnya undang-undang meningkat, memelihara hak dan kepentingan sendiri di sisi undang-undang. Bagaimana bertugas secara selamat, meningkatkan pengetahuan tentang teknologi merupakan isu yang menarik perhatian buruh tani. Melalui penjelasan yang diberikan tentang peraturan keselamatan berkaitan di kawasan pembinaan, memberi contoh bagaimana bekerja secara selamat, melaksanakan pertandingan pengetahuan keselamatan, sekolah malam membolehkan para buruh tani bukan sahaja menguasai pengetahuan bagaimana bertugas secara selamat, tetap juga meningkatkan kesedaran keselamatan. Mereka memberitahu wartawan, bahawa selain memperoleh wang, mereka juga mendapat pengetahuan teknologi, sekolah malam menjadi pilihan pertama mereka pada masa lapang.

----Roo Ching