|
Dalam kebudayaan yang sangat kaya di China, binaan pada zaman dahulu mempunyai kedudukan yang sangat penting. Kota Larangan, Temple Of Heaven atau Taman Tian Tan, Summer Palace atau Taman I Ho, Kota Kuno Lijiang di provinsi Yunnan dan rumah kediaman penduduk kuno di bahagian selatan provinsi Anhui yang disenaraikan dalam warisan kebudayaan dunia merupakan binaan yang unggul.
Binaan di China pada zaman dahulu beraneka ragam, termasuk istana, tokong, makam, taman, rumah kediaman dan lain-lain. Seni binanya megah, besar, serius dan menakjubkan. Dari segi ciri binaan, semua menunjukkan penilaian kecantikan China.
Binaan di China pada zaman dahulu kebanyakan menggunakan rangka kayu, maksudnya kerangka bangunan adalah dibuat daripada kayu. Cara asasnya ialah tiang kayu tersergam di tanah, di atasnya diletak kerangka atap yang dibuat daripada kayu, mengalas genting.
Terdapat satu peribahasa di China iaitu “Dinding runtuh, bangunan tidak runtuh”, ini kerana tiang yang menopang bangunan, bukan dinding, dinding sudah runtuh, bangunan tidak. Cara pembinaan ini bukan sahaja mudah untuk mereka bentuk dinding dengan lebih fleksibal, tetapi juga mencegah daripada roboh apabila berlaku gempa bumi. Misalnya di provinsi Shanxi di bahagian utara China, terdapat sebuah pagoda Buddha yang tingginya 60 meter lebih, struktur pagoda itu dibina dengan kayu, sudah bersejarah lebih 900 tahun, walaupun sudah mengalami banyak kali gempa bumi yang serius, tetapi masih tersergam dengan baik.
Ciri kedua binaan di China pada zaman dahulu mementingkan pembinaan bangunan secara kumpulan. Di China, dari istana hingga rumah, biasanya bukan dibina satu bilik sahaja, dalam satu pekarangan, bangunan utama di tengah, bangunan yang lain dibina di kedua-dua belah secara berpasang.
Tetapi kumpulan bangunan bukan semua berpasang, misalnya bangunan di sebahagian kawasan gunung dan sebahagian taman, kadang-kadang bangunan dibina secara terpencar-pencar untuk mendapat permandangan yang luar biasa dan lebih indah. Ini menjadikan seni binaan pada zaman dahulu di China sangat rapi dan berpasang, dan juga bermacam-macam bentuk.
Satu ciri yang sangat nyata dalam binaan di China pada zaman dahulu, jurubinanya pandai menjadikan semua komponen bangunan sebagai perhiasan yang istimewa. Misalnya binaan di China pada zaman itu, biasanya tidak rata, tukang binanya menggunakan ciri atap kayu yang lebih ringan, membina atap yang tengahnya lebih rendah. Untuk kelihatan lebih cantik, tukang bina juga mengukir pola binatang atau tumbuhan di bumbung, cucuran atap, tiang, pintu dan jendela.
Selain itu, bangunan China juga mempunyai keistimewaan dari segi hiasan warna. Istana yang biasa, atapnya diperbuat daripada genting tembikar berwarna keemasan, bawahnya lukisan yang berwarna jijau, tiang dan pintunya menggunakan warna merah, tapaknya batu putih dan lantainya bata yang berwarna mendalam, warna-warna tersebut pelbagai dan berkilau-kilau di bawah sinaran matahari, bangunan nampaknya lebih indah dan megah.
Dibandingkan dengan istana yang berwarna-warni, rumah kediaman di China selatan lebih sederhana, biasanya dindinganya putih, gentingnya berwarna kelabu hijau, struktur kayunya biasanya tidak diwarnai, di sekitar rumah ditanam buluh dan tumbuhan yang lain. Sekarang, di sebahagian tempat di provinsi Anhui, Zhejiang dan Fujian, kita boleh menyaksikan bangunan yang bercorak seperti itu.
|