Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2003-10-21 15:32:32    
Hari Perayaan di China

CRI
Hari perayaan di China termasuk hari perayaan tradisional dan sebahagian hari peringatan yang ditetapkan oleh kerajaan. Hari perayaan tradisional China termasuk Tahun Baru Cina, iaitu perayaan yang paling meriah di China, rakyat China bercuti selama 3 hari. Selain itu, pesta Capgome, pesta Pecun dan pesta Kuih Bulan juga merupakan pesta tradisional China, tetapi rakyat tidak bercuti. Tahun Baru juga disambut di China, kerajaan memperuntukan cuti satu hari, selain itu, rakyat China bercuti 3 hari semasa Hari Pekerja pada 1 Mei dan bercuti 3 hari juga sempena Hari Kebangsaan pada 1 Oktober. Juga terdapat beberapa pesta yang ditetapkan oleh kerajaan, termasuk Hari Wanita pada 8 Mac, Hari Penanaman Pokok pada 12 Mac, Hari Pemuda pada 4 Mei, Hari Kanak-kanak pada 1 Jun, Hari Tentera Pembebasan Rakyat China pada 1 Ogos, Hari Guru pada 10 September. Dalam pesta-pesta tersebut, rakyat China biasanya mengadakan pelbagai aktiviti, tetapi tidak diperuntukan cuti.

Hari perayaan tradisional China

Sempena musim bunga akan datang setiap tahun, rakyat China biasanya secara meriah merayakan Tahun Baru Cina. Hampir semua keluarga akan menempel kuplet, gambar tahun baru, menghias dan membersihkan rumah, membeli dan memasak pelbagai makanan yang sedap, merayakan Tahun Baru Cina dengan bahagia dan meriah. Malam sebelum Tahun Baru Cina dipanggil “Chuxi”, seluruh keluarga akan berkumpul dan makan malam bersama dan tidak tidur sepanjang malam. Pada siang hari keesokan harinya, saudara mara dan kawan-kawan saling mengucapkan selamat Tahun Baru Cina, semoga selamat dan bahagia pada tahu baru. Dalam tempoh Tahun Baru Cina, pelbagai tempat di China akan mengadakan pelbagai aktiviti hiburan, termasuk tarian singa, tarian tanglong naga, tarian mendayung perahu, berjalan di atas jangkung dan mengunjungi pesta rumah berhala.

Setengah bulan selepas Tahun Baru Cina ialah pesta Capgome. Pesta itu sudah bersejarah lebih 2000 tahun dan sangat popular di kalangan rakyat. Menurut Imlek, pesta Capgome disambut pada malam pertama bulan penuh selepas Tahun Baru Cina, rakyat China mempunyai adat resam untuk makan onde-onde dan bermain teka-teki sempena pesta itu. Onde-onde berbentuk bulat, kulitnya ialah tepong beras pulut, isinya ada banyak jenis, dan direbus sebelum dimakan, Onde-onde melambangkan keluarga berkumpul. Banyak tempat di Chinamengadakan majilis tanglong sempena pesta Capgome, terdapat pelbagai jenis, ada tanglong bunga, tanglong berwarna-warni, tanglong yang bentuknya sungguh aneh dan lain-lainnya. Di desa dan kawasan pergunungan, penduduk di sana juga merayakan pelbagai kegiatan, termasuk menyala bunga api, berjalan di atas jangkung, bermain tanglong naga, tarian Yangge dan lain-lainnya.

5 April setiap tahun merupakan pesta Qingming, dan pesta itu bertujuan untuk memuja nenek moyang pada asalnya, pada hari itu, orang pergi memperingati saudara mara yang sudah meninggal dan membersihkan kubur. Sekarang, orang China banyak memperingati pahlawan gugur pada hari itu. Selain itu, musim bunga sudah sampai, cuaca pada waktu itu semakin hari semakin panas, pucuk daun mula bercambah, orang China selalu pergi makan angin di desa.

Lebih kurang dua bulan selepas pesta Qingming, iaitu 5 bulan 5 Kalender Imlek ialah pesta Pecun. Pesta itu secara umumnya dianggap untuk memperingati Quyuan, penyair patriotik zaman kuno China. Riwayat pesta Pecun ialah, penyair Quyuan adalah rakyat negeri Chu pada zaman Negeri-negeri berperang pada lebih 2200 tahun dahulu, beliau banyak kali mengemukakan cadangan pembaharuan untuk menghapuskan rasuah kepada raja negeri Chu, tetapi telah difitnah oleh orang jahat dan dibuang negeri oleh raja. Kemudian negeri Qin yang lebih kuat menawan negeri Chu. Quyuan dengan sedih dan marah telah melompat ke dalam sungai untuk membunuh diri pada 5 bulan 5 Kalender Imlek. Rakyat di tebing sungai itu masing-masing mendayung perahu untuk menangguk mayat Quyuan. Sejak waktu itu, rakyat mengadakan perlumbaan perahu naga pada hari itu setiap tahun untuk memperingati penyair patriotik itu. Rakyat juga membuang makanan ke sungai sebagai korban. Khabarnya, untuk mencegah makanan yang dibuang itu dimakan oleh ikan di sungai, orang China menggunakan daun untuk membalut beras pulut dan diikat dengan benang berwarna-warni, kemudian membuangnya ke sungai. Makanan itu kemudian dipanggil “Zhongzi” atau ladu, orang China kemudian makan Zhongzi sempena pesta itu.

Dua atau 3 bulan selepas pesta Pecun, iaitu lebih kurang pada pertengahan September setiap tahun, masyarakat China menyambut pesta Kuih Bulan. Pesta itu dirayakan pada 15 bulan 8 Kalender Imlek China, oleh sebab tarikh tersebut bersamaan pada pertengahan musim gugur, maka ia dipanggil “Zhongqiu”, maksudnya pertengahan musim gugur. Pada zaman kuno di China, rakyat menyediakan kuih-muih yang sedap untuk dihidangkan dan memuja dewa bulan, selepas upacara pemujaan, seluruh keluarga bersama-sama makan kuih itu untuk melambangkan anggota keluarga telah berkumpul, adat resam itu masih popular sampai sekarang. Kuih untuk memuja itu dipanggil “Kuih bulan”. Kuih bulan berbentuk bulat, kulitnya diperbuat daripada tepung gandum, isinya ialah gula Melaka dan lain-lainnya dan kemudian dipanggang. Pada musim pesta Kuih Bulan, bulan sangat terang, di bawah sinaran cahaya bulan yang terang, saudara mara dan kawan-kawan duduk bersama-sama, sambil menikmati kecantikan bulan, sambil makan kuih bulan yang sedap. Orang yang tinggal berjauhan dengan keluarganya sambil menonton bulan yang bulat, sambil merindui saudara maranya. Oleh yang demikian, terdapat banyak syair dan puisi terkenal dalam sejarah China yang menceritakan pesta Kuih Bulan, misalnya syair daripada penyair Libai yang terkenal pada zaman dinasti Tang pada lebih 1300 tahun dahulu, yang sampai sekarang masih sangat popular di China.

Selain perayaan tradisional yang kami ceritakan tadi, sebahagian etnik minoriti China juga mempunyai hari perayaan sendiri, misalnya pesta Air bagi etnik Dai yang tinggal di bahagian barat daya China, perhimpunan “Nadamu” etnik Mongol di bahagian utara China, Tahun Baru Tibet dan lain-lainnya semua sangat menarik.