Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2003-10-21 15:34:03    
Bagaimana Orang China Merayakan Tahun Baru Cina

CRI
Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang paling penting bagi orang China, seperti Hari Natal bagi orang barat. Tahun Baru Cina adalah hari pertama bulan satu bagi Imlek Cina, tetapi aktiviti perayaan Tahun Baru Cina bukanlah pada hari itu sahaja, biasanya aktiviti perayaan Tahun Baru Cina berlangsung selama beberapa hari berikutnya.

Menurut pandangan orang China, Tahun Baru Cina merupakan perayaan untuk menyambut musim bunga. Musim bunga datang, pemandangan berubah, dan penanaman padi dimulakan, orang China dengan pelbagai cara yang bahagia untuk merayakan perayaan tradisional yang paling meriah dalam sepanjang tahun.

Di China, bukan sahaja etnik Han yang merayakan Tahun Baru Cina, etnik yang lain, termasuk etnik Manzu, Mongol, Yaozu, Zhuangzu, Baizu, Gaoshan, Hezhe, Hani Daur, Dongzu, Lizu dan lain-lainnya juga mempunyai adat resam untuk merayakan Tahun Baru Cina.

Tahun Baru Cina telah mempunyai sejarah yang lama, itu berasal daripada kegiatan memuja dewa dan nenek moyang sempena hujung tahun dan permulaan tahun baru di China pada zaman kuno. Tahun Cina dipanggil “Yuanri”, “Yuandan” atau “Tahun Baru” pada zaman kuno. Selepas revolusi 1911, kerajaan pada waktu itu secara rasmi menetapkan hari pertama bulan satu Imlek sebagai Tahun Baru Cina.

Tahun Baru Cina juga secara umumnya dipanggil “Guonian”. Apa itu “Nian”? menurut riwayat asal usul Tahun Baru Cina, “Nian” adalah sejenis binatang bayangan yang membawa nasib buruk. Semasa “Nian” tiba, semua tumbuhan mati; semasa “Nian” pergi, tumbuhan hidup lagi dan bunga berkembang. Jadi orang China dengan mercun menakutkan dan mengusir “Nian”, itulah asal usul adat resam menyala mercun sempena Tahun Baru Cina.

Walaupun kita tidak mengetahui bila orang China mula mempunyai adat resam merayakan Tahun Baru Cina, tetapi menurut sarjana, Tahun Baru Cina sekurang-kurangnya mempunyai sejarah selama seribu tahun. Sekarang, sebahagian adat resam yang bercorak takhayul termasuk memuja dewa langit telah secara beransur-ansur tidak diamalkan lagi, sedangkan adat resam yang baik termasuk menempel kuplet, menempel lukisan tahun baru, menempel tulisan Perkataan “bahagia”, mengukus kuih tahun baru, memasak “Jiaozi”, menyala mercun, tidak tidur pada malam sebelum Tahun Baru Cina dan saling mengucapkan selamat Tahun Baru Cina masih sangat popular di kebanyakan tempat di China, khususnya di desa dan sebahagian pekan dan bandar yang kecil.

Kami memperkenalkan dahulu menempel kuplet dan gambar Tahun Baru Cina. Sebelum merayakan Tahun Baru Cina, rakyat telah menempel kertas merah yang ditulis selamat tahun baru dengan berus bulu di sebelah kedua-dua daun pintu, atau menempel bermacam-macam lukisan adat resam yang melambangkan bahagia di daun pintu, jendela atau dinding, mengharapkan kedatangan nasib baik pada tahun yang akan datang. Ini telah menjadi cara yang paling biasa untuk merayakan Tahun Baru Cina di desa dan sebahagian bandar dan pekan. Kuplet dan gambar Tahun Baru Cina sudah mempunyai sejarah yang lama, dan juga untuk mengusir hantu dan mendapat nasib baik pada zaman kuno sama seperti menyala mercun, dan beransur-ansur menjadi adat resam Tahun Baru Cina. Sempena Tahun Baru Cina, rakyat China juga menggantung tanglong merah yang ditempel tulisan perkataan “nasib baik” atau gambar dewa kekayaan di depan pintu, untuk menunjukan hasrat baik orang China. Biasanya perkataan “Nasib baik” mesti ditempel secara terbalik, sebutan perkataan “terbalik” sama dengan perkataan “datang” dalam bahasa Mandarin, maksudnya ialah “nasib baik datang”.

Tahun Baru Cina sama seperti Hari Natal di Eropah, untuk anggota keluarga berkumpul. Orang yang tinggal di tempat lain tak kira orang dewasa atau kanak-kanak dengan sedaya upaya berkumpul dengan keluarganya pada hari perayaan itu.

Orang China sangat mementingkan makanan dan pakaian waktu merayakan Tahun Baru Cina, biasanya makanan dan pakaian yang bermacam-macam telah disediakan sebelum merayakan Tahun Baru Cina. Semasa Tahun Baru Cina datang, orang China memakai baju yang paling cantik, dan sediakan kuih-kuih, manisan dan makanan ringan, untuk menjamu tetamu di rumah pada bila-bila masa.

Pada malam sebelum Tahun Baru Cina, orang China biasanya makan bersama-sama sekeluarga, lauknya banyak jenis. Selepas itu, biasanya anggota keluarga bersama-sama makan Jiaozi.

Di China terdapat satu pribahasa yang berbunyi “Jiaozi adalah paling lazat”. Kulitnya diperbuat tepung gandum, intinya biasanya daging campur sayur, kemudian direbus. Orang China makan Jiaozi pada malam sebelum Tahun Baru Cina untuk melambangkan anggota keluarga terkumpul.

Malam sebelum Tahun Baru Cina adalah waktu yang paling penting dalam perayaan Tahun Baru Cina, malam itu secara umumnya juga dipanggil “Chuxi”. Pada malam itu, anggota keluarga berkumpul, makan bersama-sama, dan tidak tidur sepanjang malam. Apabila fajar menyingsing pada keesokan harinya, tahun baru sudah bermula, orang China memakai baju baru, mengucapkan selamat tahun baru dan panjang umur kepada orang tua dalam keluarga itu, kemudian menziarahi saudara mara dan sahabat, untuk saling mengucapkan selamat tahun baru. Dalam beberapa hari yang kemudian, orang China gembira dalam suasana perayaan yang bahagia dan harmoni.

Dalam belasan tahun kebelakangan ini, seiring dengan perkembangan ekonomi yang pesat, orang China sudah biasa satu keluarga berkumpul untuk menonton Pesta Malam Tahun Baru Cina yang disiarkan di TV. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, menonton opera, wayang gambar dan menikmati konsert, makan di restoran atau keluar melancong sudah menjadi popular, aktiviti perayaan Tahun Baru Cina semakin hari semakin kaya.

Sekarang, perubahan yang paling besar pada Tahun Baru Cina ialah anggota keluarga bersama-sama makan di restoran.

Pada waktu dahulu, orang China yang miskin biasanya berkumpul makan di rumah, tetapi sekarang, ramai orang China, khususnya di pekan dan Bandar, biasanya makan di restoran. Oleh sebab ramai orang China makan bersama keluarganya di restoran sempena Tahun Baru Cina, jamuan di restoran pada Tahun Baru Cina perlu ditempah dahulu.

Satu perubahan lagi pada Tahun Baru Cina ialah, biaya untuk membeli ayam, itek, ikan dan daging semakin hari semakin kurang, orang China ramai yang menggunakan biaya ini untuk berkenalan dengan sahabat atau melancong.

Pada masa dahulu, orang China masih miskin, oleh sebab daging lebih mahal daripada sayur pada waktu itu, orang China pada hari raya baru mampu makan daging. Tetapi sekarang orang China boleh makan lauk daging setiap hari, anaka makan sudah bukan perkara yang penting dalam Tahun Baru Cina, orang China secara beransur-ansur lebih mementingkan pergaulan dan hiburan, mengadakan pelancongan, dan bersukan telah menjadi aktiviti baru bagi ramai orang China.

Sekarang, orang China semakin hari semakin mementingkan percutian, Tahun Baru Cina dari satu hari perayaan telah menjadi satu peluang untuk makan angin ke tempat lain, dan mementingkan peningkatan taraf kehidupan waktu perayaan. Ramai orang China melancong ke tempat di dalam dan luar negeri.

Di China, perayaan Tahun Baru Cina lebih-kurang akan berlarutan selama setengah bulan, selepas merayakan hari Cap Gohmei yang jatuh pada 15 haribulan bulan satu Imlek baru perayaan Tahun Baru Cina selesai.