Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2003-10-21 15:37:07    
Jiaozi atau Dumpling, Makanan Tradisional China dan Cara Membuatnya

CRI
Jiaozi ialah salah satu jenis makanan yang sangat popular bagi orang Cina, khususnya orang Cina utara. Sejak lebih 1800 tahun dahulu, orang Cina sudah mula memakan Jiaozi, ia merupakan makanan tradisional masyarakat Cina. Di negeri China, terdapat satu ungkapan yang terkenal, iaitu “Jiaozi ialah makanan paling sedap”. Pada pandangan orang Cina, Jiaozi mempunyai kaitan yang erat dengan majilis penting dan perkumpulan. Pada masa dahulu, semasa orang Cina berkumpul atau ada majilis penting, Jiaozi merupakan makanan utama. Khususnya semasa merayakan Tahun Baru Cina, setiap keluarga akan makan Jiaozi. Pada tengah malam sebelum Tahun Baru Imlek memakan Jiaozi menandakan satu tahun sudah berlalu dan tahun baru menjelang tiba. Oleh sebab bentuknya seperti Yuanbao(sejenis wang buatan emas atau perak pada zaman dahulu), maka memakan Jiaozi juga melambangkan “duit datang”. Pada masa dahulu, taraf kehidupan rakyat masih kurang tinggi, memakan Jiaozi amat membahagiakan. Sekarang seiring dengan peningkatan taraf kehidupan rakyat, Jiaozi telah menjadi makanan yang biasa.

Buatan Jiaozi termasuk kulitnya yang diperbuat daripada tepung gandum dan intinya. Intinya pelbagai jenis termasuk inti daging, inti teripang, inti udang segar dan lain-lainnya, tetapi inti Jiaozi yang biasa bagi rakyat China termasuk pecai, kucai atau sayur-sayuran yang dicampur dengan daging. Oleh sebab Jiaozi disalut kulit, semasa direbus, wangi intinya tidak akan hilang, dan suhu merebus Jiaozi lebih rendah daripada memasak lauk yang lain, pelbagai zat yang terdapat dalam inti Jiaozi tidak akan berkurang, jadi Jiaozi sangat sedap makan dan berzat.

Memasak Jiaozi pelbagai cara, Jiaozi boleh dikukus, digoreng, dan direbus merupakan cara yang paling popular.

Membuat Jiaozi tidak sukar, biasanya dua orang mampu membuat Jiaozi yang boleh dimakan oleh 3 hingga 5 orang dalam masa lebih kurang sejam. Di pasaran juga terdapat Jiaozi yang dibuat menggunakan mesin, misalnya Jiaozi menyejuk beku cepat, kerana kulitnya lebih tebal, maka rasanya kurang sedap dan segar berbanding Jiaozi buatan tangan.

Sekarang kami perkenalkan cara membuat Jiaozi berinti pecai.

Bahan mentah utamanya ialah tepung gandum, pecai dan daging, bahan-bahan lain ialah cikap, minyak daging, garam, minyak wijen, tebu halia, vetsin dan lain-lainnya.

Pertama, cencantg daging, halia dan pecai, kemudian campur kicap dan minyak wijen, kemudian gaulkan. Dengan itu, intinya siap dibuat.

Sekarang kita membuat kulitnya, bubuh air pada tepung gandum pada sukatan yang sesuai, guli sehingga luarnya sangat licin, kemudian guli dalam bentuk yang panjang, dan dipotong dalam saiz yang kecil, seterusnya tepung itu digiling dengan kayu yang bulat lagi panjang supaya tepung itu menjadi nipis.

Sekarang kita membuat Jiaozi, tangan kiri memegang kulit Jiaozi, tangan sebelah kanan dengan penyepit atau sudu taruk inti Jiaozi ke kulit, kemudian dengan dua belah tangan menutup kulit itu, Jiaozi yang berbentuk separuh bulat telah siap. Yang penting ialah, semasa menutup kulit itu, mesti mencekak dengan ketat, kalau tidak, semasa direbus, intinya akan keluar.

Sekarang panaskan air, sehingga mendidih, bubuh Jiaozi ke dalam periuk, kemudian dengan sudu tolak air dalam periuk dari diri ke kanan, semasa Jiaozi mengapung, tambah sedikit air dalam periuk, berulang 3 atau 4 kali, Jiaozi sudah masak.

Orang Cina suka makan Jiaozi yang dicampur sedikit cuka atau kicap yang dicampur sedikit minyak wijen, rasanya akan lebih sedap. Juga boleh dicampur sedikit cili atau gula, bergantung kepada selera masing-masing.