Etnik Tibet adalah sebuah etnik minoriti yang gemar menyanyi dan menari di China. Ia berpenduduk kira-kira 4 juta ribu orang, 2 juta 100 ribu orang daripadanya tinggal di Wilayah Autonomi Tibet, selebihnya tinggal di provinsi-provinsi Qinghai, Sichuan, Yunnan dan Gansu China.
Etnik Tibet mempunyai bahasa dan huru mereka sendiri yang digunakan di seluruh kawasan etnik Tibet. Penduduk etnik Tibet adalah menganut agama Buddha Tibet. Ia berkembang daripada agama Buddha dari luar negara dan agama asal dari etnik Tibet. Agama Buddha Tibet mempunyai ciri-ciri sendiri, misalnya kepercayaan terhadap Buddha hidup yang mati akan menjelma kembali ketika Buddha meninggal dunia, seorang anak kecil akan dipilih sebagai pengganti Buddha itu hasil penjelmaan daripada jiwa Buddha tadi dalam anak itu. Dalai Lama dan Panchen Lama adalah dua orang Buddha daripada etnik Tibet. Anak-anak penjelmaan daripada jiwa mereka mesti disahlan oleh kerajaan pusat China. Sekarang, Panchen Lama telah diwarisi sehingga kepada generasi ke-11 dan Dalai Lama diwarisi sehingga kepada generasi ke-14.
Jubah Tibet adalah pakaian yang mesti ada dalam kehidupan penduduk etnik Tibet. Ia diperbuat daripada kain bulu, kain sutera kain kapas atau kulit binatang. Jubah ini merupakan jenis pakaian yang labuh, diikat dengan tali pinggang ditengah-tengah pinggang, perut dan belakang pinggang dan dijadikan sebagai geb besar untuk mengisi barang-barang dan ada kalanya boleh meletak anak kecil di dalamnya. Pada waktu malam, tali pinggang dan lengan baju ditanggalkan untuk digunakan sebagai selimut. Lengan baju jubah itu panjang. Ketika bekerja, badan, lengan baju jubah itu akan digolek. ketika menari lengan baju jubah yang panjang itu akan digunakan. Sekarang ini, fesyen pakaian penduduk etnik Tibet dan etnik Han di kawasan bandar tidak mempunyai perbezaan, hanya semasa merayakan hariraya barulah penduduk etnik Tibet memakai baju jubah Tibet.
Penduduk etnik Tibet yang sedang riang gembira akan menjamu tetamu mereka dengan teh mentega yang lazat. Teh mentega adalah sejenis minuman penduduk etnik Tibet. Teh mentega ini diperbuat daripada air teh dan garam yang dimasak dan dicampur dengan mentega, kemudian dibancuh di dalam sebuah tong yang khusus. Di kawasan yang sejuk, teh mentega merupakan minuman yang dapat menguatkan badan.
Zamba adalah makanan utama penduduk etnik Tibet, yang dimasak daripada tepung barli Qingke. Ia biasanya dimakan dengan teh mentega, arak barli , gula dan susu tepung.
Etnik Tibet di kawasan pertanian, bandar atau pekan tinggal di dalam rumah yang dibina daripada batu-bata. Khemah mereka ibarat rumah-rumah yang bergerak di kawasan etnik Tibet dan sangat suka digunakan oleh mereka.
Penduduk etnik Tibet mempunyai hariraya tradisional mereka sendiri. iaitu Tahun Baru Tibet, Hariraya Xuedun dan Wangguo. Pada bulan Januari dan Februari, penduduk etnik Tibet akan merayakan Tahun Baru Tibet. Pada hari pertama tahun baru itu, kaum wanita Tibet mengendong air dari sungai, anggota keluarga saling menyampaikan salam sihat sejahtera dan mengucapkan selamat tahun baru antara satu sama lain dengan mengangkat gelas minuman arak barli. Pada hari kedua tahun baru, sanak saudara akan mengucapkan selamat tahun baru. Penduduk etnik Tibet memakai pakaian yang mewah, menikmati opera Tibet dan menari. Semasa hariraya enik Tibet akan mengadakan acara melompat, pertandingan tarik tali, lumba kuda dan menanah.
Selain tahun baru Tibet, hariraya Xuedun juga adalah hari raya tradisional etnik Tibet. Waktu perayaan hariraya itu dimulakan pada pertengahan bulan Ogos. Hariraya Xuedun pada asalnya merupakan majlis jamuan mentega yang diadakan semasa musim panas dan musim gugur, kemudian secara beransur-ansur berubah menjadi pesta opera Tibet.
Oleh itu, hariraya itu juga digelar sebagai pesta opera Tibet. Sekarang, hariraya Xuedun telah dijadikan pesta kesenian opera. Hariraya Wangguo adalah hariraya penduduk etnik Tibet untuk merayakan kemakmuran pertanian, hriraya Wangguo diadakan dalam waktu padi akan matang.
Semasa hariraya, etnik Tibet akan merayakan hariraya itu dengan memakai pakaian yang mewah dan membawa bendera yang berwarna-warni, memukul canang dan gendang dan menyanyi lagu dengan riang gembira. Penduduk etnik Tibet mempunyai kebiasaan mempersembahkan Hada dalam upacara perkahwinan, semasa hariraya, mengunjungi generasi tua yang dihormati atau melaporkan berita yang menggembirakan. Hada adalah kain sutera panjang yang berwarna putih.
Warna putih melambangkan kemurnian, kesucian dan aman sentosa. Penduduk etnik Tibet pada kebiasaannya mengutarakan rasa tulus-ikhlas mereka dengan mempersembahkan Hada.
----Hui Ling
|