Pada zaman Dinasti Donghan China, gempa bumi sering berlaku di bandar Luoyang, ibu negara pada zaman itu dan kawasan sekitarnya. Menurut catatan sejarah, dalam masa lebih 50 tahun dari tahun 89 Masihi hingga tahun 140 Masihi, kawasan tersebut sering dilanda gempa bumi iaitu sebanyak 33 kali. Khususnya dua kali gempa bumi kuat yang berlaku pada tahun 119 Masihi, telah menggegarkan belasan kaunti dan mengakibatkan banyak rumah runtuh dan manusia yang maut. Rakyat sangat takut akan gempa bumi. Maharaja menganggap itu kerana dimarahi oleh dewa langit, lalu menambah pengutipan cukai untuk mengadakan upacara sembahyang kepada dewa langit. Pada waktu itu terdapat seorang ahli sains yang bernama Zhangheng, beliau mempunyai pengetahuan yang banyak tentang ilmu falak, almanak dan matematik. Beliau tidak percaya kepada tahyul tentang gempa bumi itu, dan menganggap gempa bumi hanyalah sejenis gejala alam, dan manusia pula terlalu sedikit mengetahuinya. Menghadapi keadaan yang demikian, beliau mempergiat penyelidikan tentang gempa bumi.
Zhangheng secara bersungguh-sungguh memerhati dan mencatat setiap kali gempa bumi, dan menganalisis sebab berlakunya gempa bumi dari segi sains. Melalui banyak kali ujian, pada tahun 132, beliau telah mencipta Seismograf, iaitu alat yang pertama di China malah di dunia yang boleh meramalkan gempa bumi.
Seismograf itu depan buat dengan gangsa, bentuknya bulat, garis tengahnya hampir semeter, di tengahnya terdapat sebatang tiang gangsa yang besar, dan di luarnya dikelilingi oleh 8 batang tiang gangsa yang halus, dan di luarnya terdapat 8 ekor patung naga. Kepada 8 ekor naga tersebut disambungkan dengan 8 batang tiang halus di dalam. Kepada naga sikit memandang ke atas dan masing-masing memandang ke arah timur, selatan, barat, utara, timur laut, tenggara, barat laut dan barat daya. Di dalam mulut setiap ekor naga mengemam sebiji bola gangsa yang kecil, dan di bawah kepada naga masing-masing terletak sebuah patung katak tembaga, katak ini semua memandang ke atas dan membuka mulut yang besar supaya boleh menerima bola gangsa yang jatuh dari mulut naga pada bila-bila masa. Wajah naga dan katak-katak tersebut sangat lucu. Menurut rekaan Zhangheng, arah mana yang berlaku gempa bumi, tiang gangsa yang halus dalam seismograf akan melereng ke arah itu, kemudian tiang itu menggerakkan kepada naga, mulut naga yang memandang ke arah berlaku gempa bumi itu akan membuka, lalu bola gangsa dalam mulutnya akan jatuh ke dalam mulut katak itu. Dengan yang demikian, gempa bumi boleh diramal dan ia melaporkan kepada kerajaan supaya kerajaan mengadakan kerja penyelamatan.
Pada tahun 133 Masihi, di bandar Luoyang berlaku gempa bumi, Seismograf Zhangheng secara tepat meramalkannya. Dalam 4 tahun kemudian, di kawasan Luoyang secara berturut-turut berlaku tiga kali gempa bumi, Seismograf itu dapat meramalkan tanpa salah. Tetapi pada suatu hari dalam bulan Februari tahun 138 Masihi, Zhangheng mendapati bahawa bola gangsa dalam mulut naga yang memandang ke arah barat telah jatuh ke dalam mulut katak di bawahnya. Tetapi orang di sana tidak mengalami gempa bumi. Sebahagian sarjana yang asalnya mencuriga Seismograf itu tidak tepat, dan hanya boleh meramal gempa bumi yang berlaku di sekitar bandar Luoyang sehaja. 3 atau 4 hari selepas itu, utusan dari provinsi Gansu di sebelah bahagian barat Luoyang datang untuk melaporkan gempa bumi yang berlaku di sana. Pada waktu itu, barulah orang percaya Seismograf Zhangheng adalah alat sains yang jitu. Sejak itu, orang China mulai yakin dengan Seismograf dan menilik dan mencatat gempa bumi dari jarak jauh.
Seismograf yang dicipta oleh Zhangheng lebih awal 1700 tahun daripada alat gempa bumi yang dicipta oleh orang Eropah.
----JI HUI
|