Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2003-10-24 16:10:46    
Kapal Terbang Concorde Bersara

Agensi Berita Xinhua China

Pada 23 Oktober, sebuah kapal terbang Concorde Syarikat Penerbangan Britain telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kennedy, New York, Amerika Syarikat. Kapal terbang Concorde tersebut akan balik ke London pada 24 Oktober ini. Dengan ini, tempoh perkhidmatan kapal terbang Concorde telah berakhir.

Hanya Syarikat Penerbangan Britain dan Syarikat Penerbangan Perancis mempunyai kapal terbang Concorde. Oleh sebab kos pemeliharaan dan harga tiket yang tinggi, daya saingan kapal terbang Concorde kurang memuaskan. Memandangkan keadaan ini, pada 10 April lalu, kedua-dua syarikat tersebut mengumumkan bahawa kapal terbang Concorde akan bersara.

Pada 31 Mei lalu, Syrikat Penerbangan Perancis telah mengumumkan bahawa 11 buah kapal terbang Concorde yang dimilikinya bersara.