Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2003-10-27 14:15:40    
Thailand Giat Menarik Pelaburan Asing

CRI
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, atas dorongan integrasi ekonomi sejagat dan serantau, hubungan politik antara China dan ASEAN berkembang stabil, kerjasama ekonomi semakin hari semakin erat, khususnya dalam aspek pelaburan dan perdagangan antara satu sama lain semakin hari semakin banyak. Seiring dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat, China merupakan negara pelabur yang penting kepada negara anggota ASEAN daripada hanya menarik pelaburan asing pada masa dahulu, pelbagai negara anggota ASEAN sangat mementingkan pelaburan dari China. Pada 8 hingga 11 September, Bandar Xiamen yang indah permai di China telah berjaya menganjurkan Pesta Pelaburan dan Perdagangan China ke-7(CIFIT). Pesta tersebut telah menganjurkan Forum Dasar Pelaburan Negara ASEAN, wakil dari 10 negara anggota ASEAN masing-masing telah perkenalkan persekitaran dan tindakan baru untuk menarik pelabur asing, khususnya pelaburan dari China.

Ketua Pengarah bahagian pemasaran Jawatankuasa Pendorongan Pelaburan Thailand Encik Vittaya Praisuwan secara terperinci telah memperkenalkan suasana pelaburan dan tindakan baru untuk menarik pelaburan di Thailand. Beliau terlebih dahulu telah menceritakan hubungan yang baik antara China dan Thailand. Beliau berkata:

“Hubungan China dan Thailand sudah bersejarah lebih 700 tahun. Kerjasama syarikat swasta dan kerajaan kedua-dua negara telah mencapai banyak kejayaan. Kalangan perniagaan China dan Thailand dengan tradisi kebudayaan yang sama, pemahaman yang sama terhadap perniagaan telah menjalin hubungan yang kukuh. Keturunan orang Cina di Thailand ramai yang menyandang jawatan penting dalam kerajaan. Perdana Menteri Taksin Shinawatra merupakan contohnya yang terbaik. Oleh yang demikian, Thailand merupakan pilihan utama kepada pelabur China.

Encik Vittaya Praisuwan telah memaklumkan keadaan pelaburan di Thailand dari 3 aspek.l

Beliau terlebih dahulu telah menceritakan tentang keadaan ekonomi dan pelaburan Thailand dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Beliau berkata:

“Dalam tahun 2002 lepas, Thailand mencapai banyak kejayaan, tahun 2003 juga demikian. KDNK Thailand pada tahun 2002 meningkat 5.2%, dijangka kadar tersebut mencapai lebih kurang 4.5 hingga 5% pada tahun 2003. di samping itu, inflasi Thailand pada tahun 2002 hanya 0.7% sahaja. Pendek kata, pertumbuhan ekonomi dan harga barang di Thailand stabil. Pada penghujung tahun 2003, rizab wang asing Thailand berjumlah 38.9 bilion Dolar Amerika, dan mampu membayar hutang IMF dengan lebih awal.

Encik Vittaya Praisuwan terutamanya telah menceritakan tentang pelaburan dari China, beliau berkata:

“semakin banyak firma China melabur di Thailand. Setakat ini, kerajaan Thailand telah mengesahkan lebih 60 projek pelaburan China, jumlah pelaburan mencapai 16 bilion 754 juta Bat, meliputi bidang pembinaan, perdagangan, perbankan, pelancongan, hartanah dan lain-lain. Banyak firma besar dari China seperti Kumpulan Worldbest berpendapat Thailand sangat sesuai untuk menjadi destinasi pelaburan.”

Encik Vittaya Praisuwan juga telah memalumkan kelebihan Thailand, beliau berkata:

“Tenaga kerja di Thailand bukan paling murah, tetapi taraf kepakarannya tinggi, khususnya pekerja dalam bidang elektronik, pembuatan kereta dan pertanian. Thailand merupakan negara demokrasi yang stabil, kerajaan juga sedang mengadakan pembaharuan sistem kewangan, pentadbiran, pendidikan dan perindustriannya. Infrastruktur di Thailand paling baik di Asia Tenggara, terdapat 5 buah lapangan terbang antarabangsa, 30 buah lapangan terbang dalam negeri, 6 buah pelabuhan air dalam, lebuh rayanya sepanjang lebih 170 ribu kilometer, laluan ke China melalui subkawasan sungai Mekong juga sangat baik. Pembangunan Zon Dagangan Bebas China-ASEAN sedang dilaksanakan dengan terancang, kerajaan Thailand telah melaksanakan dasar yang positif, 60% komoditi import bebas daripada tarif.

Semasa menyentuh tentang sistem pelaburan bebas di Thailand, Encik Vittaya Praisuwan berkata:

“Sistem pelaburan Thailand adalah paling bebas di rantau ini, dasar pelaburan kami masih kekal sejak digubal pada Ogos tahun 2000. Thailand tidak mengenakan syarat terhadap eksport dari negara lain, pelabur asing juga tidak dihadkan memiliki kadar saham dalam bidang industri pembuatan.

Jabatan Pelaburan Thailand menetapkan 5 industri sebagai industri utama, termasuk sektor pertanian, kereta, pakaian, elektronik dan alat elektrik dan perkhidmatan nilai tambah yang tinggi. Thailand mempunyai sumber alam yang kaya, banyak produk pertaniannya menduduki nombor satu dalam pasaran eksport, termasuk beras dan getah; jumlah eksport kereta Thailand meningkat 3 kali ganda dalam 5 tahun lepas. Industri kulit dan pakaian Thailand sangat maju, sekarang mereka sedang meningkatkan taraf reka bentuk dan inovatif, menubuhkan jenema Thailand yang terkenal. Thailand sangat mementingkan perkembangan industri elektronik, visa dan pas kerja kepada tenaga profesional IT negara asing boleh disiapkan dalam tempoh satu hari.

Encik Vittaya Praisuwan akhirnya menegaskan, kami juga mengalu-alukan pelaburan dalam bidang bukan 5 industri tersebut. Yang lebih penting ialah dasar sekarang tidak berubah, dasar keutamaan adalah kekal.

----Andika