Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2003-10-28 20:56:21    
Cerita tentang Pembinaan Landasan Kereta Api Qinghai-Tibet

CRI
Wilayah Autonomi Tibet merupakan satu-satunya wilayah yang belum dibina landasan kereta api di China. Sekarang, jika saudara ingin melancong dari Bandar Xining, Provinsi Qinghai ke Tibet yang sejauh kira-kira 2000 kilometer, saudara mesti menaiki kereta malah menunggang kuda. Tetapi pada tiga tahun akan datang, saudara boleh menaiki kereta api yang kelajuannya 100 kilometer sejam dari Xining ke Tibet. Di sekitar perjalanan itu, saudara boleh menikmati pemandangan yang indah di Qinghai dan Tibet.

Kekexili, kawasan perlindungan antelope Tibet

Untuk mencapai matlamat tersebut, sekarang, lebih 40 ribu orang pekerja dari pelbagai tempat di China sedang giat membina landasan kereta api Qinghai-Tibet tersebut.

Landasan kereta api Qinghai-Tibet yang sedang dibina itu terletak di dataran tinggi Qinghai-Tibet yang purata ketinggiannya mencatat 4500 meter di atas paras laut. Jika saudara berada di sana, saudara akan sukar bernafas dan denyutan jantung saudara cepat. Suhu udara di sana juga agak rendah. Keadaan alam sekitar agak menyulitkan.

Untuk makluman saudara, Pembinaan landasan kereta api Qinghai-Tibet merupakan projek yang paling penting antara pelbagai projek utama dalam pembangunan bahagian barat China. Setiap meter landasan kereta api Qinghai-Tibet dibina atas kepakaran dan kegigihan pelbagai generasi pembina landasan kereta api China.

Pada tahun 1951, tidak lama selepas Tibet dibebaskan secara damai, kerajaan China memutuskan untuk membina landasan kereta api Qinghai-Tibet. Pada bulan September tahun 1958, projek pembinaan landasan kereta api Qinghai-Tibet telah dimulakan. Selepas landasan kereta api dibina dari Bandar Xining ke Germu, Provinsi Qinghai sepanjang kira-kira 846 kilometer, ia terpaksa dihentikan kerana halangan Dataran Tinggi Qinghai-Tibet dan tanah beku sejauh lebih 550 kilometer.

Untuk mengkaji teknik pembinaan pada tanah beku, pada tahun 1961, China telah menubuhkan stesen kajian tanah beku dataran tinggi yang pertama di Gunung Fenghuo yang tingginya 4750 meter dari paras laut. Penyelidikan dan kajian tentang cuaca dataran tinggi, suhu tanah di dasar bumi dan sebagainya akan dijalankan pada pukul 8.00 pagi, 2.00 petang dan 8.00 malam setiap hari. Setakat ini, kerja itu sudah dijalankan selama 42 tahun.

Dalam tempoh 42 tahun itu, terdapat tiga generasi pekerja telah berkhidmat di stesen tersebut. Mereka telah berkhidmat dalam projek pembinaan landasan kereta api Qinghai-Tibet dalam jangka masa yang panjang. Ada pekerja yang berkhidmat di stesen kajian Gunung Fenghuo selama belasan tahun sehingga akhir hayatnya. Mereka telah mengumpul lebih 12 juta data-data yang berkaitan dan meletakkan asas yang kukuh bagi membina landasan kereta api di tanah beku.

Dengan adanya usaha yang gigih pelbagai generasi, pada 29 Jun 2001, projek pembinaan landasan kereta api Qinghai-Tibet laluan Germu-Lasa telah dimulakan. Tempoh pembinaannya ialah 6 tahun.

47 ribu orang pekerja kebanyakan dari pedalaman China. Mereka telah mengatasi pelbagai kesukaran yang luar biasa dan telah menunjukkan semangat perjuangan yang tabah.

Antara mereka, terdapat anak dan ayah, ada juga suami-isteri atau adik-beradik. Mereka bersama-sama bekerja di dataran tinggi itu. Bagi setiap pekerja, cabaran daya ketahanan diri pasti merupakan pengalaman yang paling sukar dilupakan dan paling istimewa dalam sejarah hidup mereka.

He Ming, pemuda dari Provinsi Sichuan, China merupakan pengarah bahagian ke-4 Pusat Pembinaan Landasan Kereta Api Qinghai-Tibet. Beliau berkata, “Kehidupan sama seperti perjuangan dan ujian. Saya bersedia menghadapi ujian dan perjuangan tersebut dan ini menyerikan kehidupan saya.”

Selain mengalami kesukaran dalam kehidupan, satu lagi kesukaran yang dialami oleh setiap pekerja landasan kereta api Qinghai-Tibet ialah kesepian. Mereka jauh dari kampung halaman dan keluarga, kadang-kala mereka menangis kerana rindu pada ahli keluarga. Di sepanjang jalan pembinaan landasan kereta api Qinghai-Tibet, kita boleh melihat ribuan orang pekerja yang tekun bekerja. Walaupun mereka orang biasa, tetapi mereka telah memberi sumbangan yang besar dalam pembinaan landasan kereta api Qinghai-Tibet. Dengan adanya landasan kereta api itu, Tibet akan mencapai pembangunan yang lebih pesat.

Tidak lama lagi, landasan kereta api Qinghai-Tibet akan membawa kita mendekati pemandangan yang indah serta adat resam yang istimewa di Tibet, manakala, Tibet juga akan menjadi “syurga” indah yang terbuka kepada dunia luar.

----Wenwen