Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2003-10-31 15:53:32    
Pembangunan Zhongguangcun "Lembah Silicon China"

CRI
Zhongguangcun terletak di Daerah Haidian barat laut Bandar Beijing. Dahulunya, ia merupakan sebuah perkampungan kecil, kemudiannya, berkembang dengan pesat dan menjadi “ pusat perdagangan elektronik Zhongguangcun”, “zon percubaan penerokaan industri teknologi baru Bandar Beijing”, “ taman sains dan teknologi Zhongguangcun”. Tempat tersebut merupakan lembah silicon bertaraf tinggi yang terbesar dengan adanya Akademi Sains China, Universiti Beijing, dan Universiti Qinghua, tempat bermulanya perkembangan industri sains dn teknologi tinggi, taman pengusaha. Malahan kini, Zhongguangcun, bukan hanya sekadar nama tempat, ia kini menjadi tanda sains dan teknologi tinggi.

Baru-baru ini, wartawan telah mewawancara Ketua Daerah Haidian Bandar Beijing Zhou Liangluo dan Ketua Persatuan Sains dan Teknologi Swasta Zhongguangcun Ji Shiying. Ketika menyentuh Taman Sains Dan Teknologi Zhonggguangcun, Encik Zhou Liangluo berkata: “ Kini, ekonomi pengetahuan boleh mendorong ekonomi dunia. Oleh itu, untuk memangkin ekonomi, Beijing memanfaatkan teknologi tinggi Taman Sains Dan Teknologi Zhonggguangcun untuk memangkin pembangunan ekonominya. Daerah Haidian telah memainkan peranan yang utama dalam bidang ini. Dari segi industri, ia juga adalah untuk memangkin perusahaan moden dengan menggunakan teknologi baru yang tinggi.

Pada masa dahulu, Zhongguangcun hanya merupakan sebuah perkampungan kecil, 37 keluarga petani menetap di situ. Semenjak tahun 1987, pelaksanaan dasar pembaharuan dan buka pintu telah mendorong perkembangan Zhongguangcun. Pada bulan Oktober tahun 1980, ahli penyelidi Akademi Sains China Chen Chun Xian dan 6 orang jurutera yang lain, telah mengendalikan “Bahgian Perkhidmatan Perkembangan Teknologi Tinggi”—perusahaan sains dan teknologi tinggi swasta yang pertama di China. Kemudiannya, sejumlah perusahaan sains dan teknologi seperti Stone dan Legend telah dibuka. Sehingga penghujung tahun 1986, tedapat hampir 100 buah syarikat pengkajian dalam pelbagai bidang di Zhongguangcun yang terutamanya mengurus-niaga barangan elektronik. Jalan raya itu terkenal di China dan luar negara.

Pada 10 Mei 1988, Dewan Negara China telah mengesahkan peraturan sementara zon percubaan penerokaan perusahaan teknologi baru Bandar Beijing, menetapkan kawasan seluas 100 kilometer persegi yang berpusatkan di Zhongguangcun sebagai zon percubaan pengkajian perusahaan teknologi baru. Dasar keutamaan negara, bantuan kerajaan tempatan dan mekanisme operasi yang berkesan di zon percubaan itu, telah memangkin pembangunan zon percubaan tersebut dengan cepat. Tidak lama selepas itu, zon percubaan tersebut menjadi kawasan industri utama di Daerah Haidian dan kawasan pertumbuhan ekonomi yang penting di Beijing. Sejak itu, lembah silicon China telah dibangunkan.

Pada 5 Jun 1999, Dewan negara mengumumkan arahan membangunkan taman sains dan teknologi, dan menetapkan taman sains dan teknologi Zhongguangcun sebagai zon sains dan teknologi bertaraf maju di dunia. Sejak itu, Taman Sains Dan Teknologi Zhongguangcun telah dibuka secara rasmi.

Encik Ji Shiying berkata kepada wartawan: “ Sejarah perkembangan Zhongguangcun adalah sejarah yang memperbaiki persekitaran secara berterusan. Untuk mengembangkan ekonomi di satu kawasan, mesti mempunyai persekitaran perusahaan yang baik, dan barulah perusahaan dapat terus berkembang. Jika persekitaran kurang baik, tidak boleh menarik banyak perusahaan di sana. Oleh itu, kerja utama kerajaan adalah untuk memperbaiki persekitaran.

Menurut statistik, dari tahun 1999 hingga tahun 2002, di Zhongguangcun, terdapat hampir sepuluh ribu buah industri teknologi tinggi. Setiap hari, 10 buah perusahaan sains dan teknologi tinggi akan dibuka di situ, banyak syarikat yang terkenal di dunia telh membuka cawangan mereka di sana. Institut pengkajian China--salah sebuah cawangan Microsoft Bilcaici dan Institut Pengkajian “Jia Gu Wen” telah dibina di kawasan tersebut. Perkembangan teknologi tinggi Zhongguangcun telah mendorong pembangunan ekonomi Daerah Hadian dan Beijing. Encik Zhou Lianglou berkata: “Pada tahun 2002, Keluaran Dalan Negara Kasar di Zhongguangcun telah melebihi 40 bilion Yuan Renminbi ekoran perkembangan teknologi tinggi. Selain itu, Zhongguangcun telah membina imej negara yang baru. Pada tahun 2002, Mingguan Zaman Amerika Syarikat memilik bandar yang membangunkan sains dan teknologi di seluruh dunia, 8 buah bandar dipilih termasuk Beijing, kerana adanya Zhongguangcun.”

Dijangka pada tahun 2010, Zhongguangcun akan menjadi taman sains dan teknologi bertaraf dunia.

--Wang Ling