Menurut berita CRI: Ketua Pengarah Forum Asia Boao yang juga bekas presiden Filipina Fidel Ramos hari ini menyatakan, setelah Zon Perdagangan Bebas Kesatuan Eropah dan Amerika dibentuk, Asia harus berusaha untuk mewujudkan integerasi ekonomi serantau untuk menjadi kekuatan penting untuk memakmurkan, menstabilkan dan memajukan dunia.
Demikian dinyatakan oleh beliau dalam sidang akhbar sidang tahunan Forum Asia Boao Tahun 2003 yang diadakan buat kali pertama di Hainan China.
Menurut beliau salah satu matlamat sidang tahunan kali ini ialah mengumpulkan wakil dan sahabat pelbagai negara Asia untuk membincangkan rancangan kerjasama rantau Asia.
|