|
Menurut Agensi Berita Xinhua China hari ini bahawa sidang tahunan Forum Asia Boao 2003 telah menyelesaikan pelbagai kerja persiapan dan akan dirasmikan pada 2 November di bandar Boao, China.
Dimaklumkan oleh pegawai Jawatankuasa Penganjur bahawa terdapat hampir seribu wakil pelbagai negara dari kalangan politik, ekonomi dan keilmuan akan menghadiri sidang tahunan tersebut. Seramai lebih 300 pemberita China dan negara asing telah tiba di sana untuk membuat liputan.
|