Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2003-11-01 17:07:47    
Pervez Musharaf Berharap Menemui Pucuk Pimpinan Baru China

CRI
Menurut berita CRI, Presiden Pakistan, Pervez Musharaf semalam berkata, beliau berharap menemui pucuk pimpinan baru China untuk meningkatkan hubungan rakan kerjasama antara kedua-dua negara.

Demikian dinyatakan oleh beliau semasa diwawancara oleh pemberita China sebelum bertolak ke China untuk mengadakan lawatan rasmi dan menghadiri Forum Asia Bo Ao tahun 2003. Beliau berkata, hubungan persahabatan China-Pakistan merupakan contoh hubungan antara negara di dunia, China dan Pakistan saling memahami dan menyokong antara satu sama lain. China telah memainkan peranan yang amat penting untuk memelihara perdamaian Asia bahkan dunia.

Di samping itu, beliau percaya bahawa Forum Asia Bo Ao akan menggalakkan kerjasama ekonomi negara-negara Asia.