Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2003-11-02 16:29:49    
Forum Asia Boao Dirasmikan, Meningkatkan Kerjasama dan Pembangunan Serantau Merupakan Topik Utama

CRI
Sidang Tahunan 2003 Forum Asia Boao hari ini telah dirasmikan di Boao, Provinsi Hainan, selatan China. Topik utama sidang tahunan kali ini ialah “Asia mengejari kemenangan bersama, kerjasama menggalakkan pembangunan”. Perdana Menteri China, Wen Jiabao ketika menyampaikan ucapan berkata, meningkatkan kerjasama, memangkin pembangunan dan mencapai keuntungan bersama merupakan jalan yang pasti dilalui oleh Asia bagi mencapai pembangunan dan kemakmuran, ia juga merupakan kepentingan asas rakyat Asia. Pembangunan ekonomi yang pesat China akan memberi manfaat kepada rakyat China, rakyat Asia malah rakyat pelbagai negara di dunia.

Forum Asia Boao merupakan pertubuhan antarabangsa tidak rasmi dan tidak mencari keuntungan di Asia. Sejak ia ditubuhkan pada 2001, ia telah menjadi pentas dialog yang berperingkat tertinggi bagi kalangan politik, perniagaan dan ilmiah Asia untuk bertukar-tukar pendapat tentang Asia dan dunia.

Sidang tahunan kali ini merupakan sidang tahunan kedua bagi Forum Asia Boao. Perdana Menteri China, Wen Jiabao, Perdana Menteri Singapura, Goh Chok Tong, Presiden Pakistan, Pervez Musharaf, Presiden Tadzhikistan, Emomali Rakhmonov, Timbalan Perdana Menteri Laos, Thongloun Sisoulith, Timbalan Perdana Menteri Vietnam, Vu Khoan, Timbalan Perdana Menteri Republik Korea, Kim Jin-Pyo, Timbalan Perdana Menteri Turkmenistan, Yolli Gurbanmuradov serta Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Tung Chee Hwa dan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Makau, Ho Hau Wah telah menghadiri majlis perasmian hari ini.

Presiden Pakistan, Pervez Musharaf dalam ucapannya berkata, Forum Asia Boao harus memainkan peranan positif dalam aspek menggalakkan Asia menangani masalah ekonomi global.

Beliau berpendapat, “Yang pertama, politik dan ekonomi tidak boleh dipisahkan. Maka, kita mesti menyelesaikan konflik dan percanggahan pendapat. Yang kedua, kita harus memperluas asas bagi menetapkan dasar ekonomi dan kewangan antarabangsa supaya negara-negara membangun dapat menyertai penetapan tersebut. Yang ketiga, kita harus membahaskan dan menstandardkan semula peraturan perdagangan antarabangsa bagi melindungi keabsahan negara-negara membangun. Yang keempat, mementingkan pembasmian kemiskinan dan mengurangkan hutang negara-negara membangun.”

Manakala, Perdana Menteri Singapura, Goh Chok Tong dalam ucapannya berkata, pembangunan ekonomi Asia berprospek cerah, tetapi ia juga menghadapi cabaran yang baru.

Beliau berkata, “Asia merupakan pusat baru pertumbuhan ekonomi pada abad ini. Asia juga merupakan entiti ekonomi yang paling berdinamik di dunia. Tetapi ini tidak dapat menjamin jalan kita lancar pada masa depan. Kita menghadapi pelbagai cabaran baru. Terlebih dahulu, prasyarat bagi pertumbuhan ekonomi Asia ialah sistem perdagangan global mesti terbuka, di samping itu, keadaan terbuka itu mesti mengikut perjanjian.”

Topik utama ucapan Perdana Menteri China, Wen Jiabao ialah “Memegang peluang yang baik, menghadapi cabaran dan mencapai keuntungan bersama”. Beliau menyatakan, meningkatkan kerjasama, memangkin pembangunan dan mencapai keuntungan bersama merupakan jalan yang pasti dilalui oleh Asia bagi mencapai pembangunan dan kemakmuran, ia juga merupakan kepentingan asas rakyat Asia.

Beliau berkata, “Memelihara keamanan dan kestabilan merupakan prasyarat asas bagi Asia mencapai keuntungan bersama Asia. Memangkin pembangunan dan kemakmuran merupakan asas penting bagi mencapai keuntungan bersama Asia. Manakala, meningkatkan kerjasama dan pertukaran serantau merupakan cara yang berkesan bagi Asia mencapai keuntungan bersama. Berpegang pada prinsip terbuka kepada dunia dan kerjasama merupakan permintaan nescaya bagi mencapai keuntungan bersama Asia.”

Wen Jiabao menyatakan, China merupakan anggota penting Asia, ekonomi China merupakan komponen yang kian hari kian penting dalam ekonomi Asia dan dunia. Wen Jiabao menegaskan, China akan berusaha bersama-sama dengan pelbagai negara Asia untuk mendorong kestabilan dan pembangunan Asia.

Dalam tempoh dua hari akan datang, para peserta akan membincangkan tentang prospek pembangunan ekonomi Asia, kerjasama ekonomi dan perdagangan rantau Asia, keselamatan kewangan dan kerjasama kewangan rantau Asia dan sebagainya.