Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2003-11-02 17:05:29    
Forum Asia Boao Dirasmikan

CRI

Wartawan CRI melaporkan bahawa Sidang Tahunan Forum Asia Boao 2003 telah dirasmikan di bandar Boao, Provinsi Hainan, bahagian selatan China hari ini. Perdana Menteri China Wen Jiabao ketika menyampaikan ucapan menyatakan, meningkatkan kerjasama dan menggalakkan pembangunan adalah mustahak untuk mengembangkan Asia dan juga merupakan kepentingan asas rakyat Asia.

Wen Jiabao menegaskan bahawa dengan aktif menggalakkan pembangunan, perdamaian dan kestabilan Asia merupakan dasar yang sentiasa dilaksanakan oleh kerajaan China. Untuk mewujudkan pelbagai pihak mencapai kemenangan, China akan bersama-sama dengan pelbagai negara berusaha mencipta suasana politik serantau yang hidup secara damai dan mengekalkan persekitaran keselamatan serantau yang stabil.

Sidang Tahunan Forum Asia Boao kali ini bertemakan “Asia Mengejari Kemenangan Bresama, Kerjasama Menggalakkan Pembangunan”. Perdana Menteri China Wen Jiabao, Presiden Pakistan Musharaf, Perdana Menteri Singapura Goh Chok Tong dan pemimpin-pemimpin lain telah menghadiri upacara pembukaan.

Dilaporkan pula bahawa Wen Jiabao semalam di Boao secara berasingan telah menemui pemimpin negara asing, Ketua Ekskutif Hong Kong dan Makau serta para peserta.

Forum Asia Boao semalam telah mengadakan Sidang Majlis dan Perhimpunan Anggota dan meluluskan piagam forum tersebut. Ketua Pengarah Majlis Forum Asia Boao Fidel Ramos berasa puas hati terhadap kejayaan sidang tersebut dan Setiausaha Agung Forum Asia Boao Encik Long Yongtu menyerahkan laporan kerja kepada Perhimpunan Anggota.