Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2003-11-03 15:57:40    
Perkembangan China bukan Ancaman

CRI
Wartawan CRI melaporkan bahawa sidang tahunan 2003 Forum Asia Boao diteruskan di Boao, provinsi Hai Nan China hari ini, tetamu yang menyampaikan ucapan dalam sidang plano menyatakan harapan pelbagai negara Asia meningkatkan kerjasama untuk merebat peluang dan mengatasi cabaran globalisasi. Serentak itu, mereka menyatakan perkembangan China bukan ancaman.

Presiden Tajikhstan, Emomail Rakhmonov dalam ucapannya menyeru negara di kawasan Asia Tengah meningkatkan kerjasama dan menciptakan suasana untuk menarik sokongan luar dan mempercepat perkembangan negara sendiri. Beliau juga berharap pelbagai negara Asia bersatupadu dan bekerjasama, berusaha bersama-sama untuk mewujudkan kemakmuran dan kemajuan Asia.

Menteri kehakiman Jepun, Daizo Nozawa dalam ucapannya berpendapat bahawa perkembangan China bukan ancaman, sebaliknya ialah peluang dan cabaran. Timbalan Perdana Menteri Laos, Sisoulith Thongloun juga menyatakan bahawa pertumbuhan pesat ekonomi China telah mempengaruhi rantau ini dengan aktif, sokongan dan bantuan China terhadap negara membangun di rantau ini berfaedah kepada pembangunan negara tersebut.