|
Forum Asia Boao sekarang sedang diadakan di Provinsi Hainan, masalah kerjasama kewangan Asia merupakan salah satu fokus yang diberi perhatian bersama. Para peserta forum tersebut menyatakan, pelbagai negara Asia harus secara selanjutnya meningkatkan kerjasama dalam bidang kewangan untuk mencegah krisis kewangan melanda semula Asia.
Krisis kewangan Asia tahun 1997 telah mengakibatkan kerugian yang besar kepada negara Asia, dalam tahun-tahun kebelakangan ini, sebahagian negara Asia masih mengalami kemerosotan ekonomi. Ini menunjukkan negara Asia masih mempunyai banyak kelemahan dalam pengawalan dan kerjasama kewangan. Sekarang, pelbagai negara Asia telah sepenuhnya memahami pentingnya meningkatkan penyeliaan dan kerjasama dalam bidang kewangan. Encik Yoshihiro Iwasaki dari Bank Pembangunan Asia semasa menyentuh tentang masalah itu telah berkata:
“sebelum krisis kewangan Asia tercetus pada tahun 1997, rancangan integrasi serantau Asia timur kebanyakannya tertumpu dalam bidang perdagangan. Tetapi sesudah krisis kewangan, bidang integrasi telah diperluaskan, kerjasama mata wang dan kewangan juga telah termasuk dalam kerjasama serantau.”
Hong Kong sangat mementingkan masalah keselamatan kewangan, ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong Tung Chee Hwa dalam forum tersebut telah menyatakan, dalam tahun-tahun kebelakangan ini, dengan pembukaan pasaran modal, beberapa negara dan kawasan yang baru maju menerima modal yang semakin hari semakin banyak, kalau sistem perbankan di sesebuah negara atau kawasan tidak lengkap, tambah pula dasar ekonomi makro tidak sesuai, maka sistem kewangannya akan mengalami krisis, kerajaan pelbagai negara harus mementingkan masalah itu. Enck Tung Chee Hwa berkata:
“kerajaan harus memainkan peranan yang penting dalam bidang keselamatan kewangan dan ekonomi seperti keselamatan negara, contohnya, penggubalan dasar mata wang dan dasar pasaran modal dan kewangan mesti mantap.”
Untuk mencegah krisis kewangan berlaku sekali lagi, pelbagai negara Asia selain lebih mementingkan pembangunan sistem kewangan, menyempurnakan penyeliaan kewangan, juga meningkatkan daya menghadapi risiko dalam urusan kewangan pelbagai negara Asia melalui peningkatan kerjasama kewangan.
Dalam forum kali ini, para peserta juga membincangkan integrasi serantau Asia, mendorong penubuhan zon perdagangan bebas Asia dan seluruh Asia-Pasifik. Mereka berpendapat peningkatan kerjasama kewangan merupakan langkah yang penting kepada pelbagai negara Asia mencapai integrasi ekonomi serantau. Ketua pakar ekonomi Morgan Stanley A.S Encik Stephen Roach berkata:
“Bagi Asia, menubuhkan sistem kewangan sendiri sama penting dengan memasuki sistem kewangan dunia, kerjasama kewangan serantau merupakan perkara yang penting kepada Asia untuk menjadi entiti ekonomi yang mantap.
Para peserta forum tersebut berpendapat, negara Asia meningkatkan daya penyeliaan kewangan dan kerjasama akan bermanfaat kepada ekonomi Asia yang berkembang dengan baik semula.
|