Semalam, terdapat ramai pakar kewangan dan ekonomi dari dalam dan luar negara bertemu di Boao Provinsi Hainan China. Mereka menyatakan, China yang mengamalkan kadar pertukaran wang RMB turun naik akan mengakibatkan krisis kewangan, kadar nilai RMB yang tetap berfaedah bagi kemakmuran dan kestabilan ekonomi seluruh Asia, malah seluruh dunia.
Baru-baru ini, tuntutan masyarakat antarabangsa untuk meningkatkan nilai RMB semakin hari semakin tinggi, Jepun dan A.S juga telah mengemukakan cadangan itu. Tetapi sebahagian pakar kewangan dan ekonomi telah secara tegas menyatakan, China sekarang tidak sesuai mengamalkan kadar pertukaran nilai mata wang yang turun naik.
Puan Charfene Barshefsky yang pernah menyandang jawatan sebagai wakil perdagangan dalam kerajaan Bill Clinton semalam dalam Forum Boao telah menegaskan, sekarang terdapat dua pandangan di kalangan usahawan industri A.S, satu ialah berpendapat nilai RMB terlalu rendah, menuntut kerajaan A.S mendorong China mengamalkan kadar pertukaran turun naik; satu lagi ialah mencela China keranan mengakibatkan kadar pengangguran A.S meningkat, menuntut kerajaan A.S mengenakan sekatan drastik terhadap pakaian dan tekstil import dari China. Puan Charfene Barshefsky menyatakan,
“kalau mengamalkan kadar pertukaran nilai mata wang yang turun naik, sistem perbankan China akan musnah. Kalau menurut tuntutan sebahagian syarikat A.S, China terus mengamalkan kadar pertukaran nilai mata wang yang turun naik, dan ini akan mengakibatkan krisis kewangan lagi.”
Puan Charfene Barshefsky berkata, mengelakkan krisis kewangan Asia berlaku sekali lagi merupakan alasan yang terbaik kepada China menguruskan masalah kadar pertukaran nilai mata wangnya, kalau terus mengubah kadar pertukaran nilai mata wangnya, ekonomi China akan menghadapi risiko dan juga akan memberi kesan negatif terhadap eksport A.S dan negara Asia yang lain kepada China. Beliau mencadangkan China menyempurnakan sistem kewangan, meningkatkan penyeliaan kewangan dan meningkatkan pelaburan ke luar negeri, berusaha mencapai keseimbangan pendapatan belanjawan negara. Selain itu, China boleh melalui dasar bayaran balik duti kastam, menghilang kebimbangan lebihan eksport China. Beliau berpendapat, tindakan bayaran balik duti kastam China pada bulan yang lalu adalah positif.
Encik Robert A.Mundell yang dianggap pengasas mata wang Euro ialah pemenang Hadiah Nobel, dan mempunyai kewibawaan yang tinggi dalam sektor mata wang antarabangsa, pentadbiran dasar ekonomi makro, kadar pertukaran nilai mata wang dan sejarah mata wang. Beliau sudah kali ke-4 datang ke China dalam tahun ini. Semasa diwawancara, beliau berkata,
“Saya berpendapat bahawa pada masa ini, sistem pertukaran nilai RMB bersesuaian dengan keadaan China. Jika tidak menimbangkan keadaan
negara, dan hanya mencontohi negara lain, China akan menghadapi masalah politik serius yang akan menjejaskan pelbagai aspek dalam pembangunan sosioekonomi. Sekarang China tidak perlu mengubah kadar pertukaran nilai RMB”.
Seiring dengan pelbagai negara semakin mengeratkan hubungan ekonomi, dasar mata wang dan pertukaran nilai wang pelbagai negara, khususnya China, Jepun dan negera besar yang lain, akan mempengaruhi keadaan serantau bahkan seluruh dunia.
Encik Eisuke Sakakibara, bekas Naib Menteri Kewangan Jepun yang juga ahli ekonomi yang terkenal di Jepun, menjelaskan bahawa malapetaka yang serius akan muncul jika China segera melaksanakan kadar pertukaran nilai mata wangnya mengikut keadaan. Jepun dan negara Asia yang lain harus membantu China mempertahankan tekanan peningkatan nilai RMB,
“Negara Asia, khusunya China dan Jepun harus bekerjasama, kami harus menggubal satu dasar penyelarasan yang baik. Saya berasa kesal sekali kerajaan Jepun mempertahankan pandangan kadar pertukaran nilai RMB harus diubah. Saya berpendapat bahawa mereka tidak boleh menekan China untuk mengubah kadar pertukaran nilai RMB. Saya juga telah mengkritik pegawai Kementerian Kewangan Jepun.”
|