lukisan stadium utama Sukan Olimpik 2008 Beijing Seiring dengan kerja persiapan Sukan Olimpik Beijing tahun 2008 dilasanakan secara beransur-ansur, Beijing telah mengemukakan satu lagi rancangan hebat, iaitu di samping menganjurkan Sukan Olimpik Beijing tahun 2008 paling baik dalam sejarah Sukan Olimpik, juga menjadikan Beijing sebagai bandar pusat sukan antarabangsa.
Kerajaan Beijing baru-baru ini mengumumkan, akan membangun Beijing sebagai bandar pusat sukan antarabangsa, ini merupakan sasaran penting dalam rancangan pembangunan bandar Beijing. Ketua Pengarah Jabatan Sukan Beijing encik Sun Kanglin berkata, dalam proses penganjuran Sukan Olimpik Beijing, mereka telah mengemukakan satu slogan yang Indah---Beijing Baru, Olimpik Besar, ini telah menyediakan peluang yang agak berharga terhadap perkembangan sukan Beijing. Encik Sun berkata,
“Beijing baru maknanya secara asas mencapai modenisasi pada tahun 2008, KDNK purata penduduk mencapai 6 ribu Dolar A.S; satu lagi sasaran ialah Olimpik besar, ini adalah janji kami kepada Jawatankuasa Olimpik, iaitu menganjurkan Sukan Olimpik terbaik dalam sejarah Olimpik.
Sun Kanglin berkata, matlamat mencapai sasaran “Beijing baru” akan menyediakan dasar mendapatkan peruntukan kewangan untuk mengembangkan sukan Beijing. Sasaran “Olimpik Besar” menuntut taraf sukan di Beijing pada tahun 2008 mesti bersesuaian sebagai bandar besar antarabangsa.
Bagaimana Beijing boleh mencapai standard itu sebagai bandar pusat sukan antarabangsa. Sehubungan dengan itu, Bandar Beijing berdasarkan taraf sukan negara maju, telah mengemukakan sasaran yang realistik. Ini kerana penduduk Beijing sudah merata mempunyai kebiasaan beriadah, sihat dan kuat, Sun Kanglin berpendapat, ini merupakan tuntutan asas modenisasi Beijing kepada setiap penduduk.
“Sekarang, terdapat lebih kurang 42% penduduk Beijing sering beriadah, kami merancang sehingga tahun 2008, kadar tersebut boleh mencapai 60%, mendekati atau mencapai taraf negara maju.”
Sun Kanglin menyatakan, secara meluas menubuhkan kelab riadah, menambah kemudahan riadah, dengan peluang penganjuran Sukan Olimpik secara meluas mempromosi Sukan Olimpik merupakan cara yang utama meningkat jumlah penduduk yang sering beriadah. Beliau juga mendedahkan, sehingga tahun 2008, semua kawasan perumahan, kampung dan pekan di Beijing akan mempunyai pusat pemeriksaan kesihatan, sehingga tahun 2008, kadar mematuhi standard kesihatan orang dewasa Beijing akan meningkat kepada 75% daripada 60% sekarang.
Selain itu, dengan kelebihan tuan rumah Sukan Olimpik, sering mengadakan pertandingan antarabangsa bertaraf tinggi, ini juga merupakan satu fokus dalam rancangan bandar sukan pusat antarabangsa.
Sun Kangning berkata, sekarang, Beijing masih mempunyai jurang perbezaan dengan banyak bandar yang terkenal di dunia dalam kalangan jumlah penganjuran dan taraf pertandingan antarabangsa. Misalnya Paris, ibu negara Perancis, pada tahun 2003 sahaja telah menganjurkan dua pertandingan yang penting di dunia iaitu Kejohanan Ping Pong Dunia dan Kejohanan Olaraga Dunia, selain itu, Paris juga menjadi tuan rumah tetap Letour De France dan Pertandingan Terbuka Tenis Perancis. Oleh sebab itu, semasa orang menyebut bandar sukan dunia, pasti akan teringat Paris. Difahamkan, menurut rancangan Beijing, dalam beberapa tahun yang akan datang, Beijing akan menganjurkan 30 lebih pertandingan antarabangsa yang penting. Sun Kanglin berkata,
“Pada tahun depan, Beijing akan menganjurkan Pertandingan Bola Sepak Asia, ini merupakan kali pertama China menganjurkan pertandingan bola sepak tersebut. Baru-baru ini, Beijing juga telah mendapat hak untuk menganjurkan Pertandingan Badminton Berpasukan Bergu Campuran Sudiman pada tahun 2005. ini juga merupakan kali pertama piala Sudiman dianjurkan di negara bukan Eropah. Pada September tahun ini, Jawatankuasa Sukan Beijing juga akan pergi ke Jerman untuk memohon hak untuk menganjurkan Kejohanan Taekwando Dunia, pada bulan Oktober juga akan memohon hak untuk menganjurkan Kejohanan Olahraga Beli Dunia tahun 2006.
Sun Kanglin juga menyatakan, seiring sering menganjurkan pertandingan antarabangsa, dalam beberapa tahun yang akan datang, menjadikan 6 hingga 8 pertandingan tetap akan diadakan di Beijing, berusaha untuk menganjurkan pertandingan tersebut setahun sekali.
Kepada tuan rumah Sukan Olimpik, yang berjaya menganjurkan temasya Sukan tersebut akan secara menyeluruh mengembangkan ekonomi, dan keuntungan industri sukan di negara itu juga akan meningkat. Sebagai salah satu sasaran untuk menubuhkan bandar pusat sukan antarabangsa, dalam beberapa tahun akan datang, industri sukan akan menjadi industri utama dalam ekonomi bercorak kebudayaan Beijing, berusaha sehingga tahun 2008, kadar pendaptan industri sukan dalam KDNK boleh meningkat 3% daripada 1.5% sekarang. Selain itu, Beijing akan melatih atlet dan jurulatih yang bertaraf dunia, kemudahan sukan dalam bandar akan mencapai standard antarabangsa. Penduduk purata mempunyai ruangan sukan seluas 1.2 meter persegi, ini merupakan indeks yang penting untuk menubuhkan bandar pusat sukan antarabangsa.
Sun Kanglin menyatakan, kerajaan Beijing berharap dengan penubuhan bandar pusat sukan antarabangsa, meningkatkan kedudukan sukan Beijing di dunia, fungsi bandar di Beijing dapat disempurnakan, lebih penting ialah boleh menyediakan perkhidmatan dan kegiatan riadah yang lebih baik dan banyak, dan memberi sumbangan terhadap pertumbuhan ekonomi Beijing.
----Andika
|