Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2003-11-05 16:10:50    
Bintang Bola Keranjang telah Mendorong Meningkatkan Taraf Bola Keranjang Asia

CRI
Pada penghujung September lepas, Haerbin, ibu kota Provinsi Heilongjiang di bahagian utara China telah menganjurkan Kejohanan Bola Keranjang Lelaki Asia ke-22. Selain pasukan China yang sungguh hebat, pasukan lain di Asia juga mempunyai bintang bola keranjang yang hebat dan popular, mereka telah memberi dinamik terhadap perkembangan bola keranjang Asia yang lebih pesat.

Antara 16 pasukan yang menyertai kejohanan tersebut, terdapat 3 orang pemain bola keranjang yang paling terkenal, iaitu Yao Ming dari China, tingginya 2.26 meter, beliau sekarang berkhidmat dengan pasukan bola keranjang Houston Rocket A.S; Ha Seung-Jin dari Republik Korea, yang hanya berumur 17 tahun tetapi tingginya mencapai 2.26 meter juga; selain itu, Jaber Rouzbahani Darrehsari dari pasukan Iran juga berumur 17 tahun, tetapi tingginya juga mencapai 2.26 meter. Ini merupakan kali pertama terdapat 3 orang pemain yang tingginya melebihi 2.2 meter dalam Kejohanan Bola Keranjang Lelaki Asia. Selain itu, ketinggian purata pemain pelbagai pasukan yang menyertai kejohanan kali ini juga lebih tinggi berbanding pada masa dahulu.

Bintang bola keranjang yang tinggi telah menarik perhatian umum peminat bola keranjang Asia, ketua jurulatih pasukan Republik Korea, Chun Chang-Jin yang pernah mengetuai pasukannya menjadi johan dalam Sukan Asia Busan pada tahun 2002 telah menyatakan, ini adalah hal yang sungguh baik, beliau berkata:

“Yao Ming telah meningkatkan kedudukan pasukan China di arena antarabangsa, dan ketinggian fizikal pemain bola keranjang lelaki Asia juga semakin tinggi, saya berpendapat, taraf bola keranjang Asia dan dunia semakin seimbang.”

Beliau juga menegaskan, pada masa dahulu, Asia juga pernah mempunyai pemain bola keranjang yang tinggi, tetapi kelemahan mereka kurang tinggi, tidak sesuai dengan pertandingan pada zaman ini. Tetapi pemain yang tinggi di Asia bukan sahaja fizikalnya tinggi, malah kemahiran mereka juga bagus.

Jurulatih pasukan Jepun Zeljko Pavlicevic berpendapat, kemahiran bintang bola keranjang yang tinggi di Asia tidak kalah kalau dibandingkan dengan pemain Eropah dan A.S. beliau berkata,

“Saya rasa sukan bola keranjang Asia berkembang sangat pesat, pasukan China sudah mempunyai ramai pemain bertaraf dunia, corak pemainan pasukan dari Asia barat sangat mirip dengan corak pemain dari Eropah, khususnya pemain yang tinggi.”

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, bola keranjang lelaki Asia barat berkembang pesat, salah satu sebabnya ialah fizikal pemain telah semakin tinggi. Dalam kejohanan kali ini, pasukan dari Asia barat juga sungguh hebat, khususnya Jaber Rouzbahani Darrehsari daripada pasukan Iran, dia baru berumur 17 tahun dan sudah menjadi pemain utama dalam pasukan kebangsaan, beliau telah menunjukkan potensi dalam sukan bola keranjang di Asia barat.

Pakar telah menegaskan bahawa bintang bola keranjang yang tinggi ialah lambang taraf bola keranjang Asia meningkat secara berturut-turut. Sekarang, pelbagai negara Asia telah mengadakan pertandingan liga, pertandingan liga CBA di China sudah diadakan selama 8 tahun, selain mengilap bakat Yao Ming dan bintang bola keranjang antarabangsa yang lain, juga telah menarik ramai pemain yang hebat dari pelbagai negara.

Tetapi bintang bola keranjang yang fizikalnya tinggi itu biasanya umurnya masih muda, tahap fizikal dan pengalaman masih rendah kalau dibandingkan dengan pemain bola keranjang yang bertaraf dunia. Chun Chang-Jin menegaskan, bintang bola keranjang ialah harapan masa depan bola keranjang Asia, hanya kemahiran dan tahap fizikal mereka perlu ditingkatkan secara menyeluruh, taraf bola keranjang Asia baru boleh mencapai taraf bola keranjang Eropah dan A.S dalam masa yang singkat. Beliau berkata,

“Asia harus berusaha untuk belajar corak latihan tentang tahap fizikal pemain negara yang taraf bola keranjangnya tinggi, dengan secepat mungkin menerima pengalaman yang maju dari negara-negara tersebut, mementingkan proses kemahiran pemain bola keranjang. “

Ketua Pejabat Pentadbiran Pasukan Kebangsaan Persatuan Bola Keranjang China Encik Kuang Lubin juga menyatakan, pada keseluruhannya, walaupun tinggi dan berat badan pemain bola keranjang Asia telah meningkat secara besar-besaran, tetapi tarafnya masih rendah kalau dibandingkan dengan pemain Eropah dan A.S.

----Andika