Di Lorong Jiudaowan daerah Dongcheng di Beijing, pada pukul 6 pagi, Encik Zhao seperti hari biasa, keluar dari rumah tepat pada waktunya, untuk bersenam Taiji di kawasan lorong di depan rumahnya. Sudah beberapa puluh tahun, ini sudah merupakan kebiasaan bagi beliau. Terdapat ramai jirannya yang akan bekerja pada waktu siang dan tidak mempunyai jam loceng, semasa beliau mula bersenam Taiji, mereka boleh mengetahui sudah sampai waktunya untuk bangun pagi. Encik Zhao merupakan orang yang beriadah paling awal setiap hari di lorong di sekitar rumahnya. Beliau berkata,
“Sudah beberapa puluh tahun bersenam Taiji menjadi kebiasaan saya, kalau angin kencang atau hujan saya tidak dapat bersenam Taiji, saya makan pun tiada selera, dan sepanjang hari berasa kurang selesa. Di sekitar rumah saya tiada taman, bas awam pergi ke taman pun belum ada pada waktu yang begitu awal. Di lorong di depan rumah saya pun seronok, suasana sangat sunyi, udara pun segar.”
Lorong di kawasan lama bandar Beijing terkenal di seluruh dunia, sekarang terdapat ramai pelancong asing yang melancong ke Beijing ingin melawat kawasan lorong. Terdapat agensi pelancongan dengan peluang ini mengemukakan pakej melancong lorong, satu hari biayanya beberapa ratus Yuan RMB, tetapi pelancong agak ramai. Pada masa dahulu, kawasan kehidupan malam yang paling meriah di Beijing terletak di jalan Sanlitun yang berdekatan dengan kawasan kedutaan di daerah Dongcheng, tetapi sekarang telah berpindah ke kawasan tebing tasik Shishahai yang lorongnya sangat terkenal. Beijing mempunyai lebih 3200 batang lorong, kebanyakan lorong hanya sepanjang beberapa ratus meter, dan lebarnya hanya beberapa meter sahaja. Tetapi tempat yang sempit tidak menjejaskan riadah penduduk di lorong. Sejak awal pagi sampai malam kita boleh menyaksikan ramai penduduk dalam linkungan umur tidak sama beriadah di lorong, satu lorong seperti satu kawasan mini sukan.
Setelah bersenam Taiji, Encik Zhao pulang ke rumahnya untuk membantu isterinya memasak sarapan. Isterinya Puan Zhou sudah berumur lebih 60 tahun. Beliau merupakan orang tua yang ramah dan sudi membantu orang lain, dan juga minat beriadah. Setelah menyelesaikan kerja seharian di rumah, pada pukul 9 lebih, beliau membawa radio kaset, memanggil jiran di kawasan lorong, dan mula bersenam. Beliau berkata,
“Pada masa dahulu saya berpendapat, membuat kerja rumah sama dengan riadah, tetapi setelah wabak SARS, saya baru mengetahui pentingnya riadah, riadah berlainan dengan membuat kerja rumah. Sekarang, saya setiap pagi mengumpulkan mereka bersenam, menggalakkan jiran beriadah. Semua jiran dan kawan-kawan sihat dan hidup bahagia, saya pun gembira.”
Pada pukul 10 lebih, semua suri rumah sedang sibuk memasak untuk hidangkan tengah hari, kaum lelaki pula membawa cawan teh berkumpul di bawah pokok yang besar di lorong, untuk bermain catur. Mereka sudah lama bermain catur bersama-sama, sudah mengetahui cara bermain catur antara satu sama lain. Pakcik yang dalam keadaan menang sambil tersenyum sambil menikmati teh yang sedap, lawannya bermuka masam dan sikit berpeluh di dahi. Penyaksi di sebelah banyak memberi nasihat, suasana sangat meriah.
Satu pagi yang bahagia dan meriah sudah berlalu, setelah makan tengah hari, penduduk di lorong itu tidur tengah hari, waktu itu merupakan waktu yang paling sunyi di lorong sepanjang siang hari tersebut.
Pada pukul 4 petang, kanak-kanak sudah balik dari sekolah, setelah meletakkan beg sekolah dan minum petang di rumah, mereka terus pergi ke luar untuk mencari kawan.
Di sebelah sini terdapat beberapa orang kanak-kanak berkumpul, dengan kapur melukis bentuk meja Ping Pong, di tengahnya diletakkan sebaris bata sebagai jaring, memulakan “Pertandingan Ping Pong amatur Lorong”.
Di sebelah sana, terdapat 7 hingga 8 orang kanak-kanak dengan bata membentukan dua pintu, sedang sibuk mengadakan “Piala Dunia Bola Sepak Mini” di lorong, mereka begitu pandai dan mahir bermain bola, saya teringat ramai bintang bola sepak seperti Diego Maradona dan Ronaldo. Mereka juga sering bermain bola sepak dengan kawan-kawan di depan pintu rumah sendiri pada zaman kanka-kanak, sejak waktu itu mereka telah menunjukkan bakat dan akhirnya menjadi bintang bola sepak dunia. Mungkin di kalangan kanak-kanak yang bermain bola sepak di Hutong sekarang akan terdapat pemain pasukan bola sepak negara pada masa depan. Juga terdapat beberapa orang kanak-kanak mengikat keranjang di atas tiang elektrik, mereka kemudian bermain bola keranjang bersungguh-sungguh dan gembira seperti sedang menyertai pertandingan di NBA. Seorang kanak-kanak yang sedang bermain bola keranjang memberitahu kami:
“Dahulu, selepas balik dari sekolah, ibu bapa terus menggesa saya membuat kerja rumah, sebenarnya saya sudah belajar sepanjang hari dan sudah letih, saya mahu berehat sebentar. Setelah mengalami wabak SARS, kesihatan sangat dipentingkan, ibu bapa saya juga menggalakkan saya beriadah, setelah bermain bola keranjang baru saya belajar, efisiensinya sangat tinggi.”
Pada pukul 7 lebih waktu malam, setelah makan malam, penduduk secara berturut-turut keluar rumah lagi. Penduduk yang bekerja pada waktu siang mempunyai masa lapang memapah anaknya untuk belajar bermain kasut roda, ada yang bermain badminton, pakcik-pakcik memulakan pertandingan catur lagi. Pukul 8 lebih ialah waktu yang paling meriah di lorong, setelah menyelesaikan kerja rumah, terdapat sekumpulan orang tua di sebelah hujung sini berjoget, terdapat sekumpulan orang tua di hujung sana berlatih Tenaga Dalam tradisional China, mereka tidak saling menggangu, menikmati acara masing-masing, terdapat ramai orang muda juga menyertai aktiviti tersebut.
Pada pukul 10 setengah, lorong kembali sunyi semula, hanya terdapat beberapa orang pakcik yang masih asyik bermain catur, penduduk di lorong itu yang sibuk sepanjang hari mula berehat, besok mereka akan lebih bahagia lagi.
----Andika
|