Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2003-11-07 14:18:58    
Kejayaan Dicapai oleh China dalam Pelaksanaan Dasar Perancang Keluarga

CRI
Seiring dengan pelaksanaan dasar pembaharuan dan buka pintu, dasar perancang keluarga telah diperkenalkan di China pada 24 tahun yang lalu. Menurut dasar tersebut, sepasang suami isteri dianjurkan memiliki seorang anak sahaja. Sekarang, anak tunggal generasi pertama itu sudah dewasa. Walaupun mereka dianggap oleh ramai orang sebagai orang yang memiliki kelemahan kerana terlalu dimanjakan oleh ibubapa, akan tetapi mereka benar-benar merupakan generasi yang berkualiti tinggi.

Beberapa dasar perancang keluarga diperkenalkan oleh kerajaan China kerana jumlah penduduk China terlalu ramai. Tindakan ini diambil kerana tidak ada pilihan lain dan amat bijaksana pada pandangan sekarang. Pada tahun 1979, seramai 6.1 juta anak mendapat kad anak tunggal.

Pada tahun 1985, rencana yang bertajuk: “ Sejumlah besar Maharaja kecil” telah diterbitkan dalam majalah A.S., buat kali pertama menggelar anak tunggal China tersebut sebagai “Maharaja kecil”. Selepas itu, karya sastera yang bertajuk: “Maharaja kecil di China” memberi amaran kepada seluruh masyarakat bahawa: “Terdapat maharaja kecil” yang terlalu dimanjakan oleh setiap keluarga China pada hari depan. Mereka tidak bekerjasama, mempertimbangkan kepentingan sendiri dan takut menghadapi kesukaran.”

Sekarang, masa telah menyediakan jawapan kepada kebimbangan tersebut: krisis sosial yang disebabkan oleh anak tunggal tersebut tidak wujud. Menurut pakar berkaitan, anak tunggal China tersebut berkeupayaan memberi sumbangan kepada masyarakat.

Dr. Feng Xiaotian yang bertugas di Jurusan Ilmu Sosial Universiti Nanjing China yang melakukan kajian tentang anak tunggal selama beberapa tahun yang lalu. Beliau membuat rumusan melalui banyak kajian saintifik: persamaan jauh lebih banyak daripada perbezaan antara anak tunggal dengan anak yang bukan tunggal yang umurnya sama.

Pada 20 tahun yang lalu, ramai orang berasa bimbang dan mempunyai prasangka terhadap anak tunggal kerana tidak dapat bergaul secara baik dengan orang lain. Manakaka sekarang keadaan sebaliknya berlaku remaja yang merupakan anak tunggal tersebut lebih pandai bergaul dengan orang lain daripada remaja yang bukan anak tunggal yang umurnya sama, mereka lebih cepat berkenalan dengan sahabat baru dalam suasana yang baru dan jumlah sahabat mereka lebih banyak.

Df. Feng Xiaotian menyatakan: “ Gejala yang “ terdapat maharaja kecil di setiap keluarga” belum wujud di China sekarang dan tidak akan wujud di China pada amsa depan.”

Pada tahun 2001, 90% ke atas anggota tentera baru merupakan anak tunggal di bandar-bandar besar seperti Shanghai. Walaupun mereka dianggap terlalu dimanjakan, akan tetapi mereka menyediakan suasana yang penuh dinamik kepada pembangunan pasukan tentera. Konsep demokratik dan perundangan mereka lebih kuat, fikiran lebih matang, di samping itu, mereka cepat belajar dan menguasai teknik perang moden dengan kemudahan teknologi tinggi.

Naib Ketua pengarah Bahagian Pendidikan Asas Kementerian Pendidikan China Zhu Muju menjelaskan: ibubapa mungkin memanjakan anak-anak tunggal, akan tetapi, orang dewasa yang dimanja tidak mungkin akan wujud dalam masyarakat. Pada satu pihak, pendidikan sekolah menumpukan perhatian pendidikan terhadap anak tunggal; pada pihak lain dan juga yang paling penting ialah terdapat peraturan dan kaedah yang diiktiraf oleh umum dalam masyarakat. Seiring dengan perkembangan anak tunggal membesar dan berada dalam masyarakat, mereka akan dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat.

(---Roo Ching)