Pan Hong graduan Fakulti Persembahan Institut Drama Shanghai China pada pertengahan tahun 1970-an. Beliau telah menjadi pelakon filem di Studio Perfileman Shanghai China dan merupakan salah seorang bintang filem yang sangat jelita pada ketika itu. Selama lebih 20 tahun kebelakangan ini, Pan Hong telah melakonkan beberapa watak wanita yang mencabar seperti pelacur Du Shi Niang, doktor Lu Wen Ting, Permaisuri Raja terakhir Dinasti Qing, Wan Rong dan cendekiawan wanita Xu Li Sha. Watak yang dilakonkan oleh beliau telah mendapat sambutan daripada para penonton.
“ Orang Setengah Baya”, sebuah filem yang diterbitkan pada tahun 1980-an merupakan sebuah filem yang mengharumkan nama Pan Hong. Pada masa itu, Pan Hong hanya berumur 26 tahun. Dalam filem itu, beliau melakonkan watak Lu Wen Ting, doktor mata yang berumur setengah baya dan merupakan suri rumah. Filem itu menggambarkan tentang wataknya ketika berasmara, berkahwin sehingga suaminya meninggal dunia kerana sakit teruk serta beliau berkecimpung dalam kerjayanya.
Mengenang kembali keadaan penggambaran filem tersebut, Pan Hong dengan terharu berkata, Filem “ Orang Setengah Baya” merupakan kejayaan masyarakat pada masa itu. Kesan yang mendalam bagi saya ialah berlakon dalam adegan di Institut Perubatan Jilin China, saya telah menguasai ilmu psikologi selaku seorang isteri budiman.”
Apabila filem itu ditayangkan, ia telah mendapat penilaian yang baik daripada para penonton dan pakar. Filem itu telah memperoleh hadiah Ayam Emas, hadiah tertinggi filem China dan Pan Hong dianugerahkan hadiah pelakon filem wanita terbaik.
Pan Hong dilahirkan di Shanghai China dan semasa remaja “ Revolusi Kebudayaan” telah berlaku di China. Bapanya telah membunuh diri akibat tekanan politik. Ini telah menyukarkan kehidupan Pan Hong dan juga telah menjadi pelajaran bagi beliau untuk menjadi pelakon filem pada masa depan.
Dalam filem “ Perigi”, Pan Hong dengan berjaya telah melakonkan watak Xu Li Sha, intelektual wanita China. Beliau telah melakonkan dengan bersungguh-sungguh dan menjiwai perubahan psikologi yang dialami oleh watak Xu Li Sha sejak muda sehingga setengah baya. Dalam filem “ Du Shi Niang”, Pan Hong telah melakonkan watak Du Shi Niang seorang pelacur yang mengejar percintaan dan akhirnya telah membunuh diri dengan terjun ke sungai kerana gagal dalam percintaan. Menyentuh perkara tentang pemahamannya terhadap drama trajedi, Pan Hong berkata,“ Saya berpendapat bahawa dalam kehidupan kita yang sebahagian besarnya merupakan peristiwa yang menyedihkan tambahan pula pada umumnya kita selalu mengelakkan diri daripada mengakui tragedy tersebut.”
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Pan Hong juga telah melakonkan beberapa watak dalam drama TV, watak-watak itu tidak meninggalkan kesan yang mendalam bagi para penonton sama seperti watak Lu Wen Ting.
Umumnya walaupun masyarakat mengetahui bahawa Pan Hong merupakan pelakon filem berstatus janda, beliau telah menceritakan sebab bercerai dengan suaminya kerana beliau mencurahkan terlalu banyak kegiatannya dalam kerjayanya sebagai pelakon filem disamping mengabaikan keluarganya, satu perkara penting dalam kehidupannya. Pan Hong berkata beliau memang merupakan pelakon filem yang terbaik, tetapi bukan isteri yang terbaik.
Masa telah berlalu belasan tahun, masyarakat China juga telah mengalami perubahan yang besar, sedangkan cara kehidupan dan fikiran rakyat pun turut mengalami perubahan. Kini Pan Hong kesal sekali kerana bukanlah seorang isteri yang terbaik kerana terlalu menumpukan perhatian terhadap kerjayanya.
Semasa bertanya adakah beliau bercadang berkahwin lagi dan mempunyai seorang cahayamata, Pan Hong berkata,“Ini memang hasrat saya tetapi tiada peluang lagi sebab umur saya sudah lanjut. Saya berharap agar semua wanita hidup bahagia dan rakyat di seluruh dunia juga bahagia dan selamat sejahtera. Memang benar bahawa keluarga adalah sebahagian yang paling penting dalam kehidupan seseorang.”
----Fang Weibang
|