Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2003-11-12 16:13:45    
Laos, Destinasi Pelaburan yang Mempunyai Harapan

CRI

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, seiring dengan pertumbuhan ekonomi, China mulai melabur ke negara lain dari hanya menarik pelaburan asing pada masa dahulu. Seluruh dunia sangat mementingkan pelaburan dari China, khususnya ASEAN, rakan perdagangan dan jiran yang penting kepada China. Sekarang, kami menceritakan tentang tindakan baru Laos untuk menarik pelaburan asing.

Laos terletak di pusat rantau Asia Tenggara, bersempadan dengan China di bahagian utaranya, wilayahnya seluas 236,800 kilometer persegi, jumlah penduduknya mencapai lebih 5 juta 200 ribu.

Ketua Jabatan Pentadbiran dan Pendorongan Pelaburan Dalam dan Luar Negara Laos Encik Khamhen Pholsena dalam sebuah forum yang diadakan baru-baru ini telah memperkenalkan keunggulan Laos dalam aspek menarik pelaburan asing. Berbanding dengan negara jiran, Laos mempunyai banyak keunggulan, politiknya stabil, dasar kerajaan yang konsisten dan berterusan, jenayah kurang, sumber air yang kaya dan sumber galian yang belum diteroka, wilayahnya luas, harga tanah rendah, gaji pekerja rendah, bekalan elektrik dan air yang mencukupi telah menyediakan jaminan terhadap industri pembuatan. Baru-baru ini, Laos sudah boleh memasuki pasaran Kesatuan Eropah, dengan yang demikian, sudah terdapat kemungkinan memasuki pasaran A.S melalui rundingan.

Tentang prosedur keluar masuk kastam, Laos memberi dasar bebas visa kepada rakyat yang mempunyai pasport rasmi kakitangan kerajaan. Pelabur asing boleh tinggal di Laos, kerajaan Laos memberi dasar keutamaan kelulusan visa kepada pekerja asing dan tenaga profesional.

Baru-baru ini, Laos sedang memperbaiki infrastrukturnya khususnya lebuhraya, dan ini membolehkan kos pengangkutan darat menurun. Selain itu, rancangan penubuhan zon industri dan pemprosesan eksport sedang dilaksanakan.

Encik Khamhen Pholsena terlebih dahulu telah menceritakan industri sumber dalam pelaburan swasta ke Laos.

“Potensi projek haidroelektrik dari cabang Sungai Mekong di Laos adalah terkenal. Sumber itu menyokong penjualan bekalan elektrik kos rendah seluruh Asia Tenggara dengan kos yang rendah, jumlah simpanan petroleum dan gas asli di Laos juga banyak.”

Pertanian di Laos baik kerana terdapat tanah yang subur dan syarat iklim yang baik. Keunggulan industri ringan Laos ialah sumber tenaga tinggi dan gaji pekerja rendah, pelabur asing boleh menjadikan Laos sebagai pangkalan untuk memasuki pasaran antarabangsa. Sektor pelancongan Loas juga mempunyai potensi, terdapat banyak destinasi pelancongan sejarah, kebudayaan dan alam, dan sangat sesuai untuk pelancong yang tidak suka menyertai kumpulan rombongan yang besar. Dalam sektor perkhidmatan, pelaburan swasta dan perniagaan yang berkembang pesat sedang menyediakan keperluan yang semakin banyak dalam sektor perbankan, insurans, akaun, lalu lintas, khidmat nasihat dan lain-lain. Sumber bekalan galian Laos mempunyai potensi, termasuk emas, biji timah, besi, permata dan arang batu. Kerajaan Laos telah memberi hak istimewa tertentu kepada pelabur asing untuk meneroka pelbagai sumber galian, termasuk petroleum, gas asli, arang batu dan lain-lain.

Encik Khamhen Pholsena berkata,

“Untuk mengatasi kebimbangan pelabur, Laos telah menggubal undang-undang untuk memberi perlindungan yang sepenuhnya kepada pelabur.”

Kerajaan Laos berjanji menarik pelaburan asing secara berterusan dan telah menggubal undang-undang pelaburan yang lebih longgar. Selain bidang yang menjejaskan kepentingan asas dan keselamatan negara, setiap bidang adalah terbuka kepada pelabur. Termasuk keselamatan, persekitaran dan kesihatan awam. Pelabur asing boleh memilih cara melabur sendiri atau projek usaha sama; mata wang asing boleh ditukar secara bebas; keuntungan yang boleh dibawa pulang tidak terhad; tanah boleh disewa dalam jangka masa panjang, sekurang-kurangnya 30 tahun dan tempohnya boleh diperpanjang lagi. Pendapatan pekerja asing hanya dikenakan 10% cukai pendapatan, kelengkapan import hanya dikenakan cukai import 1%; produk untuk dieksport dikecualikan cukai; projek besar dibebaskan cukai dan beberapa kemudahan yang lain.

Jabatan Pentadbiran Pendorongan Pelaburan Dalam dan Luar Negara Laos(DDFI) merupakan badan tetap Jawatankuasa Pentadbiran Pelaburan Asing Laos. Jabatan itu mempunyai hak untuk menilai permohonan pelaburan, mengawal projek pelaburan yang sudah diluluskan dan menyediakan dasar keutamaan kepada pelabur dari dalam dan luar negara. Efisinsi jabatan itu sangat tinggi. Encik Khamhen Pholsena berkata:

“Kami berjanji, projek pelaburan berjumlah sekurang-kurangnya sejuta Dolar Amerika diluluskan hanya memerlukan masa 15 hari, projek pelaburan dari sejuta Dolar Amerika hingga 5 juta Dolar Amerika hanya 45 hari, projek pelaburan dari 5 juta hingga 10 juta Dolar Amerika tidak melebihi 60 hari.”

Di kalangan negara anggota ASEAN, Thailand, Vietnam dan Malaysia merupakan pelabur yang utama di Laos, dalam rakan dialog ASEAN, China dan Republik Rakyat Demokratik Korea merupakan negara pelabur yang terbesar di Laos.

Pemulihan ekonomi rantau dan kerajaan Laos mengambil banyak tindakan yang positif telah mendorong peningkatan pelaburan asing di Laos secara berterusan. Peningkatan tersebut dipercayai akan diteruskan. Encik Khamhen Pholsena berkata,

“Untuk membolehkan pelabur asing penuh keyakinan melabur di Laos, kami akan mendapatkan cadangan daripada pelabur setiap tahun, untuk mengetahui kekurangna kami dan meningkatkan taraf perkhidmatan pelaburan kami. Laos mengalu-alukan pelabur pelbagai negara datang ke Laos.”

----Andika