Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2003-11-12 16:32:35    
Wang Fang, Atlet Cacat China yang Hebat

Agensi Berita Xinhua China
Dalam pengundian Anugerah Sukan TV China tahun 2002, Wang Fang dari Bandar Tianjin China telah dianugerahkan sebagai Atlet Cacat Terbaik. Sebagai pelari pecut, Wang Fang sering mendapat pingat emas dalam perlumbaan dalam dan luar negara. Beliau pernah 2 kali memecahkan rekod Kejohanan Olahraga Orang Kurang Upaya Dunia ke-3 pada tahun 2002, dan telah mendapat pingat emas dalam perlumbaan 100 meter dan 200 meter wanita peringkat T-36. Wang Fang mencapai kejayaan kerana kegigihannya berlatih.

Wang Fang sekarang berumur 21 tahun, oleh sebab beliau terencat akal semasa dilahir, dia hanya boleh memasuki sekolah kanak-kanak terencat akal. Harapan ibu bapanya tidak tinggi, hanya berharap dia boleh hidup normal. Tetapi setelah bersekolah, Wang Fang rajin belajar dan berani menghadapi cabaran dalam pelajarannya. Dia selalu menjadi contoh pelajar yang baik. Lama-kelamaan, bakatnya dalam bidang sukan semakin terserlah.

Pada tahun 1999, semasa Wang Fang berumur 16 tahun, dia telah menyertai Sukan Orang Kurang Upaya Bandar Tianjin. Walaupun Wang Fang menghadapi cabaran kecacatan fizikal, tetapi dia berlatih dengan rajin dan tabah berbanding atlet yang normal. Walaupun dia kurang cerdik, tetapi ringan tulang, latihan yang ditetapkan oleh jurulatihnya semuanya dilaksanakannya, semasa demam atau sakit, dia juga tidak berhenti mengalami latihan.

Lama-kelamaan, kekuatan badan dan taraf teknik Wang Fang telah meningkat, dia juga telah semakin cerdik. Dia selalu berbincang dengan jurulatihnya, mengemukakan soalan untuk memperbaiki cara latihannya.

Mulai Sukan Orang Kurang Upaya Kebangsaan China ke-5 yang diadakan di Bandar Shanghai pada tahun 2000, Wang Fang sering mendapat pingat emas. Beliau memberitahu wartawan bahawa “Saya masih mempunyai potensi untuk mencapai kejayaan lagi.”

Rajin belajar dan tabah telah menjadikan Wang Fang sebagai bintang sukan dan telah mengharumkan nama negara. Setelah mencemburkan diri dalam bidang sukan, Wang Fang menjadi lebih sihat dan cerdik. Sekarang, Wang Fang sudah semakin yakin terhadap diri sendiri, lebih bersemangat, lebih bebas dalam kehidupan, taraf kecerdikannya sudah meningkat. Ayahnya dengan gembira memberitahu wartawan, “Wang Fang sudah semakin bijak, kami tidak bimbang lagi tentang masa depannya.”

Semasa hampir selesai diwawancara, Wang Fang memberitahu wartawan: “tahun depan, saya akan pergi ke Athens untuk memperoleh pingat emas.”

----Andika