Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2003-11-14 21:29:21    
“Tembok Besar” Pasukan Bola Tampar Wanita Negara China, Zhao Ruirui

CRI

Pertandingan Bola Tampar Wanita Piala Dunia ke-9 telah diadakan di Jepun pada 1 hingga 15 November ini. Dalam pertandingan tersebut, terdapat seorang bintang bola tampar yang diminati ramai. Beliau pemain China, Zhao Ruirui. Zhao Ruirui setinggi 1.96 meter. Senyuman yang manis selalu kelihatan pada wajahnya. Walaupun Zhao Ruirui baru berumur 22 tahun, tetapi beliau menunjukkan aksi-aksi yang mahir dalam pertandingan bola tampar, lebih-lebih lagi tekniknya dalam mengadang bola telah mencapai taraf dunia. Dalam pertandingan, Zhao Ruirui seperti tembok besar telah mempertahankan serangan lawan.

Ketika menyebut persembahannya, Zhao Ruirui berkata, “Sebagai seorang pemain penyerang, saya banyak berlatih mengadang bola. Dalam pertandingan kali ini, saya bersikap tenang, maka saya dapat menunjukkan aksi-aksi yang terbaik.”

Dalam pertandingan kali ini, semua pasukan yang pernah bertanding dengan pasukan China ingat akan nama Zhao Ruirui. Mereka kagum persembahan Zhao Ruirui. Bintang bola tampar Brazil, Oliveira Walewska dan pemain utama pasukan Turki, Hanikoglu Natalia sama-sama menyatakan bahawa Zhao Ruirui merupakan pemain yang unggul. Timbalan Presiden Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa yang juga Ketua Kumpulan Dominika, Crisobal Marte Hoffiz amat meminati Zhao Ruirui. Beliau berpendapat bahawa Zhao akan menjadi pengadang bola yang terbaik di arena antarabangsa.

Beliau berkata, “Sejak Zhao Ruirui bermain dalam pasukan China, jurulatih kami sentiasa memerhatikannya. Zhao mempunyai pelbagai kelebihan seperti ketinggiannya, bergerak cepat dan pandai menyerang serta mengadang bola. Sesiapa yang bertemu dengannya dalam pertandingan akan berasa sakit kepala.”

Zhao Ruirui bukan sahaja pandai bermain bola tampar, tetapi juga cantik. Ini juga merupakan salah satu sebab ramai peminat suka akannya. Selepas pertandingan, selalunya ramai peminat meminta tandatangan beliau. Dalam pertandingan bola tampar Piala Dunia kali ini, berlaku cerita yang menarik antara Zhao Ruirui dengan peminat-peminatnya warga Jepun. Dalam pertandingan antara pasukan China dengan pasukan Jepun yang diadakan pada 2 November lalu, dengan pimpinan pengulas sukan pertandingan tersebut, penonton Jepun bersama-sama berteriak: “Happy Birthday, Ruirui! Happy Birthday, Ruirui!” Ini amat menghairankan Zhao Ruirui kerana hari ulang tahunnya ialah 8 Oktober. Nampaknya pengulas sukan pertandingan tersebut telah tersilap tentang hari ulang tahun Zhao Ruirui. Tetapi Zhao Ruirui yang bertimbang rasa tidak ingin menyedihkan para penonton tersebut. Dalam sidang akhbar yang diadakan selepas pertandingan, Zhao Ruirui sengaja “berbohong” bahawa, “Saya berasa gembira dapat menyambut ulang tahun di sini. Terima kasih banyak peminat-peminat di Jepun dan Persatuan Bola Tampar Jepun.”

Zhao Ruirui merupakan gadis yang suka berfesyen dalam kehidupannya. Beliau juga gemar muzik pop dan suka menonton filem.

Ketika menyebut masa depan, Zhao Ruirui berkata, harapannya adalah bersama-sama rakan-rakannya mencapai kecemerlangan dalam Sukan Olimpik tahun 2004. Beliau menambah bahawa, “Saya berharap agar pada suatu hari, saya boleh menjadi pengadang bola yang terbaik di dunia dan menjadi tembok besar pasukan China. Saya akan terus berusaha.”

----Wenwen