Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, seiring dengan pertumbuhan ekonomi, China dari hanya menarik pelaburan asing pada masa dahulu telah mulai melabur di negara yang lain. Seluruh dunia sangat mementingkan pelaburan dari China, khususnya ASEAN, jiran dan rakan perdagangan yang penting kepada China.
Naib Ketua Pengarah Jabatan Pelaburan Asing Kementerian Perancangan Pelaburan Vietnam Dr. Nguyen Anh Tuan dalam Forum Dasar Pelaburan Negara Anggota ASEAN yang diadakan di Xiamen tidak lama dahulu telah memperkenalkan suasana dan dasar pelaburan di Vietnam dari 3 aspek kepada tokoh perniagaan dan perusahaan dan pegawai kerajaan dari seluruh China dan dunia, iaitu pembaharuan dan pertumbuhan ekonomi Vietnam; suasana pelaburan dan dasar serta strategi untuk menarik pelaburan asing.
Semasa menyentuh tentang pembaharuan dan pertumbuhan ekonomi Vietnam, Dr. Nguyen Anh Tuan berkata?
“Proses pembaharuan di Vietnam telah mencapai banyak kejayaan dalam bidang pembangunan sosial dan ekonomi. Dalam 10 tahun lepas, jumlah KDNK Vietnam telah meningkat satu kali ganda, kadar peningkatan purata setiap tahun mencapai 7% ke atas. Politik dan masyarakat Vietnam sentiasa stabil; ekonomi makro berkembang stabil, struktur ekonomi mengalami perubahan yang positif, taraf kehidupan rakyat ditingkatkan secara besar-besaran.”
Khususnya dalam 8 bulan pertama tahun ini, walaupun Vietnam menghadapi banyak kesulitan termasuk kemarau yang teruk di sebahagian provinsi di Vietnam, penjangkitan SARS dan pengaruh negatif akibat perang Iraq, namun kadar pertumbuhan ekonomi Vietnam masih mencapai kira-kira 7%. Industri dan perdagangan import-eksport nya berkembang pesat. Hasil tersebut kerana 3 aspek, iaitu ekomominya pelbagai; pelaksanaan ekonomi pasaran yang terbuka, dan integrasi ekonomi sejagat.
Vietnam sudah menyedari industri pelaburan usahawan asing merupakan sebahagian yang penting dalam ekonomi nasional, industri pelaburan asing berkembang setaraf dengan indusrri yang lain. Pelaburan asing telah memberi sumbangan sebanyak 14% dalam jumlah KDNK negara itu, menempati 27% dalam jumlah eksportnya dan 33% dalam jumlah keluaran industri seluruh Vietnam.
Sehingga tahun 2006, tarif Vietnam akan menurun kepada kosong hingga 5%, rancangan perdagangan bebas dan pelaburan dalam rangka APEC sedang dilaksanakan secara beransur-ansur; rundingan untuk menganggotai WTO telah mencapai kemajuan yang positif. Vietnam sedang beransur-ansur membuka pasarannya, termasuk sesetengah sektor perkhidmatan.
Semasa menyentuh tentang suasana pelaburan di Vietnam, Dr. Nguyen Anh Tuan berkata?
“Vietnam sentiasa berinisiatif membangun dan menyempurnakan sistem perundangannya agar bersesuaian dengan peraturan antarabangsa, matlamat utamanya adalah untuk menjamin undang-undang dan dasar pelaburan asing di Vietnam bersesuaian dengan norma-norma antarabangsa. Oleh sebab itu, undang-undang Vietnam disempurnakan secara beransur-ansur dan selaras dengan proses integrasi ekonomi antarabangsa menyediakan suasana pelaburan yang menguntungkan, telus dan sama rata di Vietnam.
Undang-undang pelaburan asing di Vietnam mendapat pujian dan dialu-alukan para pelabur asing, Vietnam telah menyertai banyak kegiatan perdagangan dan pelaburan dua hala, rantau dan banyak hala, sehingga sekarang, Vietnam telah memeterai perjanjian perlindungan pelaburan dengan lebih 50 negara dan kawasan di dunia.
Semasa menyentuh tentang keunggulan Vietnam, Dr. Nguyen Anh Tuan berkata?
“Masyarakat, politik dan suasana keselamatan Vietnam adalah stabil. Vietnam terletak di pusat lalu lintas banyak negara. Selain itu, Vietnam merupakan negara yang mempunyai dinamik di rantau Asia-Pasifik.”
Cukai pendapatan perusahaan yang rendah, tanah boleh disewa dalam jangka panjang, gaji pekerja yang rendah, pasaran yang besar, sumber alam yang kaya, pemandangan alam yang indah dan lain-lain merupakan keunggulan Vietnam dalam persaingan antarabangsa. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Vietnam sedang mempercepat langkah pembinaan infrastruktur, kerajaan telah memberi sokongan terhadap banyak projek besar.
Semasa menyentuh tentang strategi dan dasar Vietnam untuk menarik pelaburan asing pada masa akan datang, Dr. Nguyen Anh Tuan berkata?
“Vietnam akan memperluas bidang yang terbuka kepada pelaburan asing, secara beransur-ansur menghapuskan sekatan kepada pelabur asing dan membuka pasaran menurut proses dan melaksanakan janjinya untuk mengintegrasikan ekonomi.”
Akhirnya, Dr. Nguyen Anh Tuan menyatakan,
“Setelah China dan beberapa negara anggota ASEAN, kini Vietnam juga telah mulai melaksanakan ekonomi pasaran. Integrasi ekonomi khususnya integrasi pelaburan bukan sahaja merupakan tuntutan masyarakat antarabangsa kepada Vietnam, dan juga merupakan matlamat yang ditetapkan oleh Vietnam sendiri. Untuk secara berkesan menarik pelaburan dari pelbagai negara Asia yang damai, stabil dan berkembang bersama, kami berharap melalui forum kali ini, kami boleh belajar pengalaman daripada China dan negara anggota ASEAN yang lain.”
----Andika
|