Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2003-11-19 10:09:29    
Zaman Kekurangan Minyak di Kawasan Barat Daya China Telah Diatasi

CRI
Di kawasan barat daya China, minyak gasoline dan minyak disel sangat berkurangan, disebabkan tempat itu tidak mengeluarkan minyak, ini telah mempengaruhi dengan serius pembangunan ekonomi tempatan. Kini China telah mempercepat pembangunan projek infrastruktur di kawasan barat. Baru-baru ini, satu paip saluran minyak yang menghubungkan kawasan barat laut dan kawasan barat daya China telah siap dibina, minyak yang kaya di kawasan barat laut China akan disalurkan ke kawasan barat daya, telah menangani masalah kekurangan minyak.

Provinsi Sicuan dan Bandar Chongqing yang ditadbir di bawah pentadbiran kerajaan pusat terletak di kawasan barat daya China . Kawasan tersebut ialah pusat ekonomi dan pengkalan industri yang bersejarah lama di kawasan barat daya. Pada masa yang lalu, di situ, tidak mempunyai kawasan minyak dan loji penapisan minyak. 98 peratus minyak akan diangkut dari tempat yang lain. Antaranya, minyak yang digunakan oleh Provinsi Sicuan dan Bandar Chongqing diangkut menggunakan kereta api atau kapal melalui sungai. Tetapi, kedua-dua cara pengangkutan itu tidak praktikal. Naib Pengurus besar Syarikat Petrolium Dan Gas Asli China Berhad Encik Si Xingquan berkata kepada wartawan: “ Bencana gempa bumi dan salji sering berlaku di kawasan barat daya, khususnya di Chengdu dan Chongqing China, ini menyebabkan perhubungan pengangkutan selalu terputus dan minyak tidak dapat diangkut ke kawasan itu sebanyak dua, tiga kali setiap tahun. Adakalanya, kerja terpaksa diberhentikan disebabkan tidak ada bekalan minyak.

Oleh itu, dalam menetapkan 12 buah projek utama infrastruktur yang akan dibina, kerajaan China khusus merancang dan mereka-bentuk satu paip saluran minyak yang merentangi kawasan barat laut dan barat daya China untuk menjamin bekalan minyak di kawasan barat daya China tidak terputus.

Pada tahun 1998, Syarikat Petrolium dan Gas Asli China telah memulakan pembinaan projek paip saluran minyak. Dengan melalui pembinaan selama 4 tahun, paip saluran minyak di barat China telah selesai dibina dan mulai menyalurkan minyak ke pelbagai depot minyak. Paip saluran minyak itu sepanjang 1250 kilometer, merupakan paip saluran minyak yang paling panjang di China. Ia bermula dari Bandar Lanshou Provinsi Gansu barat laut China sehingga ke Bandar Chengdu di barat daya China melalui Provinsi Gansu, Shanxi dan Sichuan serta Bandar Chongqing, keupayaan bekalan minyak tahunan telah mencapai 5 juta tan, dengan peruntukan keseluruhannya hampir 4 bilion yuan Renminbi.

Paip saluran minyak terletak di kawasan yang mempunyai bentuk muka bumi yang paling rumit termasuk dataran tinggi, bukit dan kawasan pergunungan. Teknologi yang paling maju di dunia telah digunakan dalam proses pembinaan projek untuk menjamin kualiti dan keselamatan paip saluran minyak.

Pembinaan paip saluran minyak boleh memenuhi permintaan sebanyak 4.40 juta tan minyak setiap tahun di Provinsi Sichuan dan Bandar Chongqing, selain itu, sebahagian minyak yang lain juga dibekalkan kepada provinsi dan bandar di barat daya China seperti Yunnan dan Gueizhou. Encik Si Xingquan menghargap tinggi pembinaan paip saluran minyak.

Beliau berkata: “Pembinaan paip saluran minyak tersebut telah menyelesaikan kekurangan minyak di Provinsi Sichuan, Yunnan dan Gueizhou serta Bandar Chongqing. Ini mempunyai erti yang realistic dan membawa kesan yang penting bagi pembangunan ekonomi dan keperluan kehidupan rakyat di kawasan barat daya China.

Paip saluran minyak itu berfaedah bagi meneroka sumber minyak di kawasan barat laut China dan menggunakan kemampuan penapisan minyak yang sedia ada, supaya sumber minyak yang kaya di kawasan barat laut China dapat memenuhi permintaan pasaran di kawasan barat daya China. Syarikat Minyak dan Gas Asli China Berhad akan mengubahsuai kamampuan pengeluaran loji penapisan minyak Lanzhou yang dibawah pentadbirannya, supaya keupayaan pengeluaran tahunannya mencatat 10 juta tan. Ini juga telah meningkatkan daya saing perusahaan mereka di pasaran. Naib pengurus besar Encik Si Xingquan berkata kepada wartawan: “Pertama ialah, minyak dapat disalurkan ke Bandar Chendu, Chongqing dan bandar yang lain dengan lancar, selamat dan menurut jadual. Kedua, kos pengangkutannya lebih murah daripada kos pengangkutan menggunakan kereta api.

Dijangka, paip saluran minyak itu akan menyalurkan 3 juta 500 ribu tan minyak, dan belanja pengangkutan boleh dijimatkan sebanyak hampir seratus juta yuan Renminbi, dan harga minyak boleh dikurangkan, sehingga dapat menempati kuota pasaran minyak yang lebih banyak.

China juga akan menyempurnakan dengan lebih lanjut jaringan paip saluran minyak di kawasan barat China. Pada masa itu, seiring dengan penyelesaian sejumlah projek infrastruktur sumber tenaga di barat China, sumber minyak yang kaya di kawasan barat pasti dapat meletakkan asas sumber tenaga yang kukuh bagi perkembangan ekonomi yang cepat di barat China.

--Wang Ling